I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Budu Dan Bilis

Salam…

Tengahari tadi Ustaz Love makan nasik berlaukkan sambal kerang, ikan bilis dan telur goreng… Disebabkan telur agak kurang perasa, maka Ustaz Love bertindak mengambil budu untuk dicicah dengan telur goreng…

Memang sedap makan budu ni… Suatu masa dulu, Ustaz Love memandang sepi je budu ni… sebab baunya yang kurang menyenangkan… Kalau setakat dicicah dengan ikan bakar ke, ulam ke.. ok la menengoknya.. Tapi member Ustaz Love ada yg buat jadi kuah…

Agak pelik sebab Ustaz Love memang suka makan ikan bilis goreng… atau sambal ikan bilis… tapi tak bleh nak jamah budu (suatu ketika dulu la)… Sama juga keadaannya bila Ustaz Love tak makan bawang (sampai sekarang), tapi makan onion ring kat Pizza Hut…

Rupa2nya, bila Ustaz Love tengok rancangan Why We Buy : Consumer Seduction kat History Channel, baru bleh kaitkan dengan ‘masalah’ Ustaz Love ni… dalam rancangan tu, saintis buat kajian dalam sebuah cafe… ada mesin kopi percuma, ada mesin kopi berbayar dan ada mesin kopi berbayar (premium) kat kaunter mcm starbuck… kajian menunjukkan ramai yang beli kopi premium itu walaupun ada pilihan kopi percuma dan mesin kopi yg lebih murah…

Adakah disebabkan rasanya? kualitinya? Untuk makluman, semua kopi2 itu (kopi percuma, kopi mesin dan kopi premium tu) adalah kopi yang sama.. dibancuh dengan kuantiti kopi yg sama… rasanya juga sama… Jadi kenapa yg premium itu lebih diminati sedangkan harganya lebih mahal?

Itulah sebenarnya kawalan minda bawah sedar manusia (sub-concious mind.. kalu tak silap). Mungkin minda mengatakan bahawa kopi premium itu lebih sedap (padahal sama je rasanya dengan kopi percuma dan kopi mesin yg murah tu)… begitu juga minda Ustaz Love mungkin mengatakan yg onion ring itu sedap berbanding bawang dalam bentuk yg biasa… dan mungkin juga minda Ustaz Love mentafsir yang budu itu tak best sbb tak nampak bentuk ikan bilis sekor2…

Macam tu juga minda manusia memberi pandangan terhadap sesuatu watak manusia… yg selalu datang kuliah agama itulah org yg baik… yang jarang ke masjid itu org tak berapa baik… sedangkan hakikatnya manusia tu sama saja… yg membezakan kita ini adalah taqwa… belum tentu kaki masjid itu ahli syurga.. dan belum tentu juga kaki ckubbing tu ahli neraka… bab tu manusia memang tak bleh nak nilai… Sbb penilaian yg itu hanya Allah s.w.t. saja yang layak menilainya…

Apapun, sekarang ni minda Ustaz Love dah berjaya disedarkan.. bahawa budu itu lebih sedap rasanya daripada ikan bilis goreng…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Comments

Add a Comment
  1. lumrah manusia biasa..bila nampak org suka buat maksiat or pegi clubbing (buat benda2 yg melalaikan) so otomatik terpkiri dlm hati, bahawa org tu kurang iman or bukan org baik2…

    1. betul tu mama.. sbb manusia ni hanya mampu menilai yg zahir.. tapi ada yg lebih berani lagi melabelkan org itu ini ahli syurga atau ahli neraka… wal ‘iyazubillah πŸ™

  2. salam ustaz….

    betul tu,kuasa minda bwh sedar dan juga mind-setting..kita dah set awai2 minda kita lagu tu…so agak susah nk ubah kan…like diz entry

    p.s: sy pun dah jatuh chenta dgn budu walaupun bukan oghe klate ;p

    1. salam ummi…

      memang betul.. sebab tu minda yg sihat adalah minda yg selalu bersangka baik.. minda yg suka bersangka buruk tu, tanda tak sihat…

      Ustaz Love ada baca kajian yg mengatakan makan budu / ikan bilis ni menjadikan kita bijak… πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme