I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Bertiga Lebih Baik

Salam…

Pagi ni sepatutnya Ustaz Love ada jemputan untuk korban di sebuah surau… Tapi penat korban hari tu pun belum habis lagi… khabarnya ada 12 ekor lembu nak dikorbankan… banyak tu… bagi sebuah surau yg kecik dan tak berapa ramai jemaahnya… maklum la, hari ni hari terakhir untuk melakukan korban… dan kebetulan hari cuti… mungkin ramai yg akan turun membantu… sbb Ustaz Love dah pesan kat member, kalau tak ramai org nak tolong, sila la roger2 Ustaz Love… nampaknya beliau takde call pun.. maknanya ok la tu…

Biasa kita tengok dalam movie atau drama, kalau kawan2 rapat ni biasanya mereka bertiga… Mcm Do Re Mi, Bujang Lapok, Bujang Sepah, The Three Stooges dll… Kenapa bertiga, tak berdua?

Kalau ikutkan ada satu lagu Indonesia tajuknya “Berdua Lebih Baik”… tapi sebenarnya, Ustaz Love lebih suka bertiga… Sebab berdua ni lebih kepada soal2 hati dan perasaan… Sedangkan bertiga menghasilkan keceriaan…

Bayangkan kalau dalam Pendekar Bujang Lapok, cuma ada Ramlee dan Sudin (tanpa Ajis) dah tentu plot cerita menjadi hambar… tiada watak nasik tambah… habis2 nnt, Ramlee pandang muka Sudin, Sudin pandang muka Ramlee… dan idea juga tak bleh nak berkembang…

Begitu juga dalam hidup berumahtangga.. hidup berdua tentunya lebih romantis.. tapi akan sampai ketikanya, kita akan terasa bosan dan sunyi… maka ketika itu, kita bakal menginginkan hidup bertiga (ada anak) yang tentunya lebih menceriakan rumahtangga…

Bagi mereka2 yang belum dikurniakan rezeki untuk hidup bertiga, maka janganlah berputus asa… Dan kepada mereka2 yang mustahil untuk bertiga (pasangan mandul dsb), maka jangan susah2kan fikiran.. Ambillah anak angkat… tambah2 kalau ambil anak yatim.. memang besar pahalanya.. mengusap2 kepala anak yatim pun dah mendatangkan pahala.. apatah lagi kalau memelihara mereka…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment
    1. kalau Ustaz Love maksudkan yg itu, maka dah tentu tajuknya “berlima lebih baik”.. hehe πŸ˜€

    1. takpe… cari jalan berdua dulu… bak kata Mydin “Naik tangga jangan berlari.. nanti jatuh” πŸ˜€

    1. jangan bersedih.. banyakkan berdoa dan bersangka baik… sbb Allah akan memberi atas sangkaan hambanNya πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme