I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Bernikah Semasa Belajar

Salam…

Ustaz Love menerima permintaan daripada seorang blogger untuk buatkan entry berkaitan kahwin semasa belajar… Ustaz Love tak ingat siapa yang bertanya (sbb dah cuba cek balik shoutbox, tapi tak dapat trace balik.. mungkin sebab dah jauh ke belakang)… Ustaz Love rasa nina-nyna yang bertanyakan tentang perkara itu…

Sebenarnya, terus terang Ustaz Love menyatakan bahawa Ustaz Love tak pernah ada pengalaman ni… Jangan kata berkahwin, bercinta masa belajar pun takde pengalaman… Bukanlah sebab Ustaz Love ni tak laku (cewahh), tapi sebab Ustaz Love sibuk dengan belajar dan terlibat dengan gerakan dakwah… Jadi, takde masa nak memikir pasal pasangan hidup ni… apatah lagi zaman tu masih lagi zaman berutus surat… mana ada masa nak menulis… lain le kalu masa tu dah ada henfon dan main sms ke, chatting ke.. zaman tu, masih lagi zaman disket… internet cuma ada kat lab… ataupun kena guna dial-up.. mana ada broadband lagi zaman tu.. hehe

Jauh benar Ustaz Love melalut… Sebenarnya, walaupun Ustaz Love tak terlibat dgn isu itu zaman belajar dulu, tapi Ustaz Love ada pengalaman bergaul dengan member2 yang berkahwin masa belajar ni… berdasarkan pengalaman Ustaz Love memang tak ramai yang kahwin semasa belajar ni.. yang ramainya, yang memang dah kawen, kemudian sambung belajar..

Berkenaan sesuai atau tidak berkahwin semasa belajar ini, ia sebenarnya bergantung pada situasi pelajar tersebut. Bukan semua keadaan sama… Walaupun ada persamaan dari sudut emosi dan perasaan ingin berdua itu (sebelum ke tahap bertiga.. hehe)…

Dari satu sudut, bernikah semasa belajar ini lebih baik daripada bercinta semasa belajar… Dalam sistem pembelajaran yang bercampur antara lelaki dan perempuan, maka memang tak boleh nak mengelak daripada ‘cinta pandang pertama’… walaupun berkali2 jatuh cinta pandang pertama semasa tempoh pengajian tu…

Banyak gejala sosial yang berlaku disebabkan kegagalan mengawal nafsu semasa proses percintaan itu… Apatah lagi bila berjauhan dengan keluarga… tiada siapa yang dapat memantau pergerakan anak masing2 sepenuhnya…

Namun, alasan ‘nafsu’ ini tidaklah boleh digunakan secara meluas untuk mengatakan bahawa perlunya bernikah semasa belajar… Sebab banyak lagi alternatif untuk mengawal nafsu ini…. Ramai yang tak nampak bahawa puasa itu sendiri boleh mengawal nafsu.. Malah menyibukkan diri dengan pembelajaran juga boleh menyimpangkan sasaran nafsu tersebut…

Banyak perkara perlu difikirkan sebelum mendirikan rumahtangga… Soal kewangan menjadi isu utama… Ia tak boleh diabaikan kerana banyak pernikahan yang hancur disebabkan masalah kewangan… Bagaimana nak menanggung isteri (apatah lagi anak) sekiranya mahar pernikahan pun terpaksa meminjam daripada ibu bapa? Tak kesiankah pada ibu bapa yang dah menanggung kita sejak kecil.. dan mengharapkan kita meringankan beban mereka apabila habis belajar dan bekerja kelak… Lain pulak yang jadi bila mereka pula yang terpaksa menanggung diri kita dan isteri kita sehingga tamat belajar dan sebelum mendapat kerja…

Hidup berumahtangga ni banyak cabarannya… Selalunya kita mengimpikan yang indah2 saja dalam perkahwinan.. Sehingga kita terlupa akan air mata ibu bapa tatkala kita menyatakan hasrat nak bernikah ketika masih lagi belajar… Kita menganggap ibu bapa kita tak faham dengan kehendak orang muda dan berkata bahawa zaman kita lain daripada zaman mereka… dan melupakan bahawa ibu bapa kita juga pernah menjadi muda suatu masa dulu…

Penulisan Ustaz Love kali ini bukanlah dengan niat nak membangkang pernikahan semasa masih belajar… tetapi semata2 ingin mengajak kita sama2 berfikir… gunakan akal yg rasional berbanding mendahulukan nafsu kita…

Ustaz Love bersetuju dengan pernikahan.. tak kira la masa belajar ke, lepas belajar ke… masa menganggur ke, lepas dapat kerja ke… asalkan kita berfikir sedalamnya dan beristikharah dgn keputusan kita… Sambil kita tak lupa mendapatkan restu ibu bapa… semoga pernikahan kita nanti diberkati Allah…

Jangan disebabkan impian kita untuk bergembira dan bergelak ketawa, kita menumpahkan pula air mata ibu bapa… Dahulukan mana yang patut didahulukan… Yang penting, kalau dah jodoh takkan ke mana.. Sama ada kita berjaya menjaga diri sehingga tempoh itu (sampainya jodoh) semua bergantung atas diri kita sendiri…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

29 Comments

Add a Comment
  1. salam..
    rasanya tak salah berkahwin masa
    di U..mengelakkan maksiat..senang
    nak jadi kat sana..godaan banyak..
    saya sendiri kahwini isteri semasa
    beliau final year di UIAM

    1. Salam bro zul…

      Memang tak salah… it’s ok untuk perempuan.. cuma untuk lelaki, ada banyak perkara yg nak kena diperhalusi dulu πŸ˜‰

  2. salam ustaz..
    pendapat ana,kahwin waktu bljr itu subjektif, terpulang kepada keadaan..
    ada ketikanya perlu utk elak maksiat, kurangkan beban kewangan keluarga(bgi prp yang mempunyai adik beradik yg ramai dan keluarga yg susah)….

    tetapi kalau kahwin waktu belajar dan bantuan kewangan (nafkah zahir) masih di bawah tanggungan ibu bapa sendiri?terlunaskah tanggung jawab si suami?

    ana ada ramai shabat yg kahwin waktu belajar but financially under their family!…(student kawin student)
    kecewa rasa tanggungjawab itu belum terlaksana T.T

    1. Salam yat..

      Isu ini memang subjektif.. sebab tu awal2 lg Ustaz Love bagitau, ianya bergantung pada situasi dan keadaan… Mungkin ada yg layak… Cuma kalau ustaz Love sendiri waktu belajar dulu, memang sah2 tak layak dan tak patut… sbb masih ditanggung keluarga untuk yuran pengajian dan perbelanjaan πŸ˜‰

  3. kene consider banyak mende .
    bukan hanya nak elak maksiat semata .
    yang lelaki lahh .

    elok keje dulu , baru pinang anak dara org ;p
    just my lil opinion ;D

    1. kalau yg lelaki jenis kuat berusaha, takde masalah rasanya.. Member2 Ustaz Love dulu pun ramai yg wat part time jual burger, keje fastfood utk tampung kehidupan… tapi kalau yg jenis bergantung pada keluarga, memang patut berfikir banyak kali dulu sebelum buat keputusan nak bernikah.. tak kira la gantung ke tak gantung… πŸ˜€

  4. Bersetuju dengan entri ini.. bergantung dengan keadaan.. kadang2 mentaliti nak kahwin msa belajar ni nak elak maksiat.. nak menghalalkan yang belum halal baginya sebelum ini.. tetapi mentaliti itulah yang berbahaya.. kerana perkahwinan bukan berdasarkan nafsu semata-,mata.. Banyak perkara yang perlu ditimbang tara..
    apapapun.. sebelum berkahwin.. fahami konsep perkahwinan.. kerana banyak cabaran yang dilalui.. insyaAllah.. kita dapat melayari bahtera merderka.. eh? bahtera perkahwinan.. hehe.. pergh.. panjangnya.. macam sudah kahwin ni.. haha..

    1. wahh… nasihat yang sungguh bernas.. mcm dah berpengalaman… nampaknya, tak lama lagi bleh la makan nasik minyak.. hehe

      Ustaz Love setuju dgn pendapat aretikz… tiada siapa yg mengetahui cabaran dalam perkahwinan ni melainkan org yg dah berkahwin… bak kata org, pengalaman 1st class… hehe πŸ˜€

  5. thanx ustaz love..ingatkan ustaz da kawen…hoho..sy membayangkan ustaz da berkahwin n ad anak..hehehe..sy tgh memikirkan sbb bf sy pelajar perubatan dimesir baru tahun 2..tahun depan kami dah 22 tahun…kalau ikutkan ad lagi 4 tahun untuk die habis kan study…so,masalah skrg..sy akan habis pengajian lagi 2 tahun..=(…kalau 4 tahun time tu dah umur 26..macam terlalu lewat dan takut terllalu lame bercinta..

    1. aikk… part mana yg nina baca yg kata Ustaz Love ni masih bujang remaja lg? Ustaz Love dah berkahwin.. cuma Ustaz Love bgtau, takde pengalaman bercinta masa belajar ni.. hehe πŸ˜‰

      apa pun keputusan yg nina amik, jangan lupa berbincang dengan keluarga dulu… entry Ustaz Love ni sebagai panduan saja.. selebihnya, nina kena minta petunjuk drp Allah yg mana satu jalan patut dipilih..

      soal umur tak menjadi masalah… Datin Umi Aida pun dapat jodoh ketika umur lewat… πŸ˜€

  6. salam ustaz…. saya pun bersetuju dengan pandangan ustaz…. bergantung pada keadaan ikut hukum yang 5 tu… πŸ˜‰ kena byk fikir panjang dan istikharah…jgn terlalu ikutkan perasaan aje… sbb kahwin muda ni memang sgt2 byk cabarannya.. perlu byk pengorbanan….tapi sekiranya rasa sanggup nak tempuhi, mampu dari faktor kewangan dan ibu bapa pun restu apa salahnya…

    pengalaman saya kahwin seawal 22thn, tapi alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan… usia 27 thn dah miliki 3 org anak, punya kerjaya yg tetap, dan skrg masih further study.. sy bersyukur sgt2 dgn apa yg Allah kurniakan.. πŸ˜‰

    1. salam Liana…

      alhamdulillah.. Ustaz Love doakan semoga Allah s.w.t. memberi kebahagiaan kepada Liana dan keluarga sehingga ke syurga… πŸ˜‰

  7. salam ustaz love, bg sy kan, x salah kawin semasa belajar asalkan mampu dan boleh bertanggungjawab..ramai kawan2 sy yg dah kawin tp masih stdy..

    p/s : salam ziarah dr blog larian πŸ™‚

    1. salam luna…

      Ustaz Love tak kata ianya satu masalah… ia mungkin menyelesaikan satu masalah (masalah nafsu), namun jika tak dirancang betul2, mungkin akan timbul masalah lain.. masalah kewangan, masalah masa dsb… kalau dapat merancang dgn baik, itulah yg terbaik… yg paling penting, restu orang tua πŸ™‚

  8. kawen mse blaja sbb nk elak maksiat.. mknenye xley kawal nfsu la kan? so kawen sebab nafsu? Pastu da puas nafsu, bosan.. da bosan? blablabla….
    p/s: cume mengomel sndiri.. :p

  9. salam..
    sudut pandangan sy sebagai seorg ibu, tentunya merasa sedih apabila anak yang masih belajar ingin berumahtangga. Setiap ibu lebih mengenali anak mereka dan boleh menilai samada anak itu sudah bersedia atau belom untuk menikah.. Cuma kdg2 anak2 itu sendiri sering menyalahanggap, lantas menimbulkan jurang antara mereka n ibubapa apabila kehendak mereka tidak dituruti.. Diikutkan salah, tak ikut pun salah.. Sekaligus, membuat ibubapa, terutama si ibu merasa tersisih apabila anak tidak lagi mendengar kata..

    1. salam puan eiza..

      begitulah anak2.. kadang2 terlalu mengikut nafsu muda, sehingga melupakan nasihat ibu bapa.. sama jugak la dengan kita masa muda2 dulu.. kihkih πŸ˜€

  10. Assalammualaikum…ustaz LOve…

    Nice penjelasannya dalam tjuk ini… Audra rasa jika kedua2nya dah bersedia dari segi kewangan, fizikal dan mental … Makanya teruskanlah keran Allah .. Namun harus fikir sedalam2nya jika ada masalah kena selesaikan secara bersama.. Kecil ek dan besar ke amsalah tu… heheh audra uatarakan atas pegalaman audra menajdi pdengar setia kepada masalah2 para rakan2 sahabat2 dan kawan2 yg lain… Audra xada pgalaman dalam bab2 perkahwinan sbb Allah blum temukan audra dgn hambanya yg bgelar adam lagi …. tp dalam pembacaan buku2 Insya Allah .. πŸ™‚ …

    1. Waalaikumussalam Audra..

      Tiada masalah jika sudah bersedia.. tapi, kena perhatikan juga restu ibu bapa.. itu yg penting.. agar perkahwinan itu mendapat keredhaan dan doa daripada ibu bapa πŸ˜‰

  11. Setuju sangat dengan entri Ustaz Love..paling saya setuju bab dapatkan nasihat dan pandangan orang tua dahulu. Kerana mereka sumber keberkatan dan kebahagiaan dalam membina rumahtangga. Kedua, saya setuju apabila pasangan yg nak kawen masa belajar tu kena fikir dalam-dalam dulu. Terutama yang lelaki lah..

  12. assalamualaikum…
    bagi saya bergantung pada seseorang tu…sekiranya dia mampu..dari segi nafkah dan x akan menganggu pelajarannya…maka kahwinlah…tapi dia mestilah dah cukup syarat2 utk kahwin…dan yg paling penting sekali ialah sudah mempersiapkan diri dengan ilmu agama, ilmu rumahtangga dan ilmu keibubapaan… elemen2 itu penting dalam kehidupan berkeluarga…

    1. waalaikumussalam…

      bagi lelaki, mungkin kurang masalahnya jika mampu memberi nafkah.. cuma sang perempuan itu yg menjadi masalahnya.. sbb masih lagi tertakluk dengan kebenaran wali untuk menikahkannya.. πŸ˜‰

  13. tahap nafsu berbeza setiap manusia. ada yg tlbih kuat sampaikan puasa pun xboleh menyelesaikan masalahnya…. saya yg terkena nafsu tu hanya dia sahaja mengetahui perit di sebalik itu~

    1. kalau puasa tak boleh selesaikannya, bukan salah puasa itu.. tapi mungkin puasa yg saudari lakukan ada cacat celanya.. sbb puasa itu bukan sekadar berpuasa menahan lapar dan dahaga, bahkan lebih daripada itu kena berpuasa mata, telinga, mulut dan segala pancaindera daripada perbuatan2 maksiat.. hasil latihan puasa inilah yg menjadikan seseorang itu mampu untuk mengawal nafsunya πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme