I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Ayam Goreng

Salam…

Dah lama Ustaz Love tak posting pasal makanan ni… Jadi, hari ni tergerak nak buat entry pasal makanan. Supaya dapat berkongsi kesedapannya walau sekadar melalui tulisan dan gambar…

Ayam goreng ni memang lauk kegemaran Ustaz Love.. tak kira la ayam goreng KFC ke, ayam goreng pasar malam ke.. walaupun Ustaz Love takde kaitan dgn Upin dan Ipin… Segala yg berkaitan dgn ayam mcm hati ayam dan telur ayam juga menjadi kegemaran Ustaz Love.. tak terkecuali nugget ayam dan satay ayam..

Masa sekolah dulu, arwah mak Ustaz Love selalu bekalkan nasik bungkus ke sekolah.. sbb Ustaz Love sekolah dari Subuh sampai ke malam… Sebelum Subuh dah tunggu bas sekolah (masa tu naik bas Foh Hup yg warna hijau tu)… lepas habis sekolah biasa, terus masuk sekolah agama.. habis sekolah agama, tunggu bas nak balik umah… lepas Maghrib baru sampai umah…

Jadi arwah mak Ustaz Love bekalkan nasik bungkus berlauk telur kicap… telur yang dicampur dgn kicap Tamin dan digoreng… bila Ustaz Love bukak bungkusan tu nak makan, member2 semua tengok.. Diorang cakap telur tu telur hangus… hehe

Ada masa2nya bleh katakan setiap hari Ustaz Love makan nasik berlaukkan ayam goreng.. Bila member tanya tak teringin ke nak makan lauk lain? Ustaz Love pun tak dapat nak memikir menu lain… mungkin sebab ayam tu takde tulang halus2… senang nak makan…

Semenjak dua menjak ni la baru Ustaz Love bertukar2 menu.. kadang2 makan ikan.. kadang2 makan daging, seafood dll..

Apapun, ianya bergantung dgn apa yg ada dalam poket… Kalau kempis, maka makan telur cicah budu pun jadi.. janji ada nasik..

Kiranya nasik tu sebagai asas makanan (sbb tu dinamakan makanan ruji)… bab lauk tu Ustaz Love tak berkira sangat…

Dalam hidup ni pun, yg penting kita cukup asasnya… ada makanan, ada rumah, ada pakaian dsb.. soal nak cantik, nak besar, nak sedap dsb tu semuanya namanya tahsiniyyat.. boleh diusahakan jika lengkap yg dharuriyyat (asasi)..

Apapun, ayam2 tersebut telah selamat mendarat ke dalam perut Ustaz Love.. alhamdulillah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Comments

Add a Comment
    1. betul mama.. kalau asasnya tak kukuh, mcm mana nak tampung dahan dan buah2 yg lebat nnt.. takut2 yg asas tu pun sama2 runtuh πŸ˜‰

    1. betul tu.. biar simple, janji kenyang.. tapi kena pastikan gak ianya makanan yg sihat… kalu simple sangat mcm megi tu, bleh botak kalu pekena hari2 πŸ˜€

    1. Salam bro zul.. terima kasih kerana sudi singgah… Selamat Hari Raya Idul Adha juga buat bro zul sekeluarga,,

      Ayam goreng biasanya takde dlm menu hari raya korban.. hehe πŸ˜‰

  1. eeh….ngapa citer ayam ustaz sama mcm kakjem waktu sekolah dulu…..kah3x…kakjem ingatkan kakjem sorang je pegi sekolah bungkus nasi lauk telur ayam & kicap semata2 je…..mak ustaz tu..tiru mak kakjem lah…..wakawaka…

    1. lain le Kak Jem.. Ustaz Love makan telur kicap.. bukan telur dan kicap.. beza tu.. hehe πŸ˜‰

      1. ayat je beza,tapi maknanye same je….
        e’eh….bukan ke dulu ustaz naik bas pakcik ramly…..masa bila plak naik bas foh hup?????hihihii..

          1. masa tu bas pakcik ramly mmg x ade…tapi van pakcik ramly….seingat kakjem 2 taun je kakjem naik bas foh hup iaitu masa darjah 1&2 .punya seksanya nak naik bas foh hup sbb nak tunggu jauh nunnn….kat L_ _S_ _ _

          2. banyak pengalaman dengan bas foh hup ni… Ustaz Love rasa nak buat entry khas la.. mengenang jasa2 bas foh hup.. hehe πŸ˜€

          3. Nak kena buat entry bersiri tu.. mcm siri bercakap dgn jin.. hehe πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme