I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Aksi Kucing

Salam…

Semalam merupakan hari yang terlalu sibuk buat Ustaz Love.. kerana pagi2 lagi nak kena gerak ke HQ sebab ada kelas. Bukan kelas memasak tau… tapi kelas fiqh… cerita tentang solat jamak dan qasar… walaupun Ustaz Love dah belajar apa yg diajarkan, tapi sambil2 tangan main game solitaire, sambil2 telinga mendengar… semoga dapat mempertajamkan balik ilmu yang pernah dipelajari…

Jadinya, semalam langsung Ustaz Love tak sempat nak bukak laptop… Malas satu hal.. sbb laptop memang bateri dah out.. jadi kalu nak bukak jugak, terpaksa kena sambung wayar.. pastu kena tunggu loading desktop Ustaz Love yg penuh dengan sampah2.. menyampah i menunggunya…

Sedar tak sedar, dah tiba waktu balik… On the way tu, Ustaz Love singgah minum kat mamak dengan member… ada sorang mamat tu duduk sebelah dengan meja Ustaz Love… kedengarannya beliau tengah diusik2 oleh brader2 kat situ…

Sambil berborak, Ustaz Love pun memasang telinga mendengar usikan2 mereka itu… Memang kelakar.. tapi tak sanggup la Ustaz Love nak gelak berdekah2… sbb bukannya Ustaz Love yg kena usik…


Rupa2nya mamat yg diusik tu mengalami sedikit kecacatan akal.. Boleh bercakap.. cuma pemikiran dan wataknya seperti budak2…

Yang paling tak tahan (menyebabkan sampai ke rumah Ustaz Love tergelak2 sorang2) bila ada sorang brader tu suruh mamat tu bukak silat ‘kucing tahan sebak’… Lalu mamat tu pun menggayakan silat tu sambil duduk.. mula2 ada la gaya mcm cakar harimau.. tiba2 ada plak aksi cakar kucing… nasib baik tak tersembur air dalam mulut Ustaz Love… ada plak nama gaya silat ‘kucing tahan sebak’… hehe

Sambil2 berborak dengan member tu, Ustaz Love dapat info… yang mamat tu walaupun agak kurang sihat fikiran, tapi rezekinya sangat murah… ke mana saja beliau pergi, ada je orang yang akan bagi beliau makan…

Teringat Ustaz Love pada ceramah seorang Ustaz tu.. beliau mengatakan (Ustaz Love tak pasti sama ada ianya hadis atau tak.. belum sempat nak cari) bahawa Allah akan memelihara rezeki 3 jenis orang… 1. Orang gila… 2. Hafiz al-Quran… 3. Orang yang mati syahid (keluarganya dipelihara rezekinya)

Daripada pemerhatian Ustaz Love, memang orang gila ini dipelihara rezekinya… walaupun mungkin sekadar mengutip daripada tong sampah, namun Allah memelihara kesihatannya pula… perut kenyang… badan tak sakit…

Kalau kita ni (yg konon2nya sangat waras)… tersalah makan sikit pun dah boleh kena keracunan makanan…

Oleh itu, Ustaz Love menyeru kepada diri sendiri dan para jemaah (ala2 khutbah Jumaat) agar menghilangkan sikap dan perasaan suka memandang hina kepada orang gila… kerana mereka2 ini manusia istimewa… buat apa pun tak dapat dosa… malah dipelihara lagi rezekinya…

Sedangkan kita… walaupun akal waras.. tapi penuh dengan dosa… pun masih nak berbangga dan suka memandang rendah kepada orang lain…

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

Add a Comment
  1. Salam,ustaz..dah lama tak tinggal jejak disni..

    Rasa sebak baca entri ni…pada pandgn memang lucu tapi tiba2 saya terfikir kalau saya lah yang buat silat kucing tahan sebak tu…huhu

    Alhamdulillah…Allah masih berikn saya akal yang waras dan iman yang sempurna.Moga saya sentiasa jadi ornag yang bersyukur.

    1. Salam ummu dan selamat kembali ke sini…

      Kalau ummu yg buat silat kucing tu, habis terbalik meja tu nnt.. hehe…

      Bersyukur seadanya tanpa memandang rendah kepada yg tiada 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme