Salam…
Baru lepas makan… Memang kenyang dan puas kalau makan di rumah… Sebab makan di rumah bleh tambah, tapi kalau makan kat luar, nak tambah nasik pun segan…
Tadi dah sampai 17 ekor lembu kat masjid kariah Ustaz Love… kiranya korban kali ni lagi banyak berbanding tahun lepas iaitu sebanyak 10 ekor saja.. Khabarnya ada juga korban kambing… tapi tak nampak lagi rupa kambing kat situ…
Makanya raya ni, memang kena bertungkus lumus la nak menyelesaikan korban… Tapi Ustaz Love rasa macam nak menghilang lepas solat raya… Itupun bergantung pada jumlah petugas korban… Kalau tak ramai, bleh la tolong. Kalau ramai, takut jadi tukang menyibuk plak.. hehe
Khabarnya ada seorang yang berkorban lebih 50 ekor… banyak masjid yg beliau daftar nak buat korban… Semoga Allah membalas pengorbanan beliau itu sbb dengan melakukan korban ini, ramai orang dapat merasa daging korbannya…
Namun begitu, dalam kita berseronok makan daging korban ni, kena beringat2 juga. Sbb daging korban ni masih segar. Tak macam daging frozen. Bagi sesiapa yg ada darah tinggi tu, maka dinasihatkan agar mengambilnya dalam jumlah yg sedikit. Ditakuti boleh terkena stroke city..

selamat hari raya eid adha utk ustaz love & family π
terima kasih mama.. dan selamat hari raya juga buat mama sekeluarga π
Ustaz Love..
Salam ziarah anda…
Eid Idul Adha MUBARAK!
Salam bro zul…
Selamat hari raya juga buat bro zul sekeluarga π