I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Cahaya Hati

Salam…

Bayangkan kalau dunia ni gelap… takde bulan.. takde bintang… lampu2 pun takde… api pun terpaksa guna batu (gesek2 batu)… uiks… susah nak bayangkan tu… sebab budak2 zaman sekarang ni. lahir2 pun dah memang kat umah ada elektrik… Ustaz Love pernah merasai zaman takde letrik… tapi jangan la anggap Ustaz Love terlalu tua tau… maksud Ustaz Love, Ustaz Love pernah duduk setinggan… letrik takde… pakai lampu gasolin je… kadang2 kalau habis turpentin (Ustaz Love panggil speret), maka pakai pelita ayam je… maka bangun pagi esok, habis la berjelaga lobang idung…

Susah kan nak bayangkannya? Sebab kita tak pernah mengalami zaman tu… abis2 pun, kalau black-out, kita gunakan lilin… Lagi mudah kalau kita bayangkan, mcm mana tiba2 kita bangun dari tido, mata kita dah tak boleh melihat? Sedangkan hari sebelum tu, elok je kita layan blogwalking tanpa gangguan… bila dah tak boleh melihat, maka software blogwalking (blogwalking sehala) pun kita dah tak mampu guna…

Nikmat penglihatan ni sebenarnya satu nikmat yg besar… Untuk melihat ni, kita memerlukan 2 cahaya… 1. cahaya di luar kita (lampu ke, matahari ke) dan 2. cahaya dalam mata kita…

Kalau kita celik (tak buta) tapi kita berada dalam bilik yg gelap, nescaya kita tak boleh melihat dengan sempurna juga… Sebaliknya, kalau kita berada dalam bilik yang terang benderang, tapi mata kita pulak buta.. still kita masih tak dapat melihat…

Begitulah juga kalau kita buta hati atau buta agama… kita akan teraba2 dalam kehidupan… kemungkinan tali yg ada di dalam bilik itu kita sangkakan ular… dan kemungkinan juga jika ada ular dalam bilik kita itu, kita sangkakan pula ianya tali… benda yg bermanfaat, kita tak dapat nak gunakan.. sbb menyangka ianya memberi mudarat… dan benda mudarat pula kita cuba nak guna, sebab kita menyangka ianya memberi manfaat…

Walaupun al-Quran dan hadis memberi cahaya kepada hati kita, tapi jika hati kita sendiri gelap dengan maksiat dan dosa, maka cahaya itu tak dapat memberi manfaat kepada kita… Begitu juga jika hati kita bersih, tulus dan suci, tetapi tidak disinari dengan cahaya wahyu… masih lagi kita akan kegelapan….

Bukakan hati untuk menerima cahaya taufiq dan hidayah… insyaAllah, kita akan dapat membezakan mana satu tali (yg memberi manfaat) dan mana satu ular (yg memberi mudarat)…

Iklan : Jangan bazirkan elektrik…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

Add a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme