I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Kelajuan Membunuh

Salam…

Hari cuti terasa malasnya nak bergerak… mengalahkan orang mengandung… Tambahan bila memikirkan esok dah start kerja… Raya Haji ni pun nak kena bertugas jugak… maka berada dlm mode ‘silent’ ni terasa nikmat sekali… duduk je mengadap laptop tanpa berkata2.. huhu

Sambil menengok2 balik gambar dalam laptop, Ustaz Love terjumpa gambar di atas… Agak kabur sbb diambil ketika kelajuan sekitar 140 km/j… Rasanya masa ni ada 3 buah kereta terlibat… termasuk satu tow-truck (cepat je tow-truck ni sampai.. mengalahkan polis berkereta evo gayanya)…

Maka lepas menyaksikan eksiden itu, kadar kelajuan terus menurun kepada 80 km/j. Semua terasa insaf… kereta2 yg berada di lorong kanan, semuanya beralih ke lorong kiri… seolah2 mcm banyak sangat kereta atas jalan sampai terpaksa memandu perlahan…

Tapi situasi tu tak lama… Ada la dalam 5 minit, maka kereta2 tadi terus memecut laju seolah2 takde apa2 yg berlaku…

Tak sempat plak nak brek… berhenti tanya pemandu kereta tu dia pakai minyak apa… sbb walaupun terbalik, takde plak meletup ke.. terbakar ke (sila ikuti konspirasi tuduhan terhadap minyak RON95 di blog2 lain.. hehe)

Banyak dah Ustaz Love melihat kemalangan jalan raya ni… malah pernah mengalami sendiri kemalangan tu (tapi Ustaz Love tak masuk book la.. sbb Ustaz Love bukannya menunggang laju sampai eksiden.. tapi menunggang perlahan sambil tertido..hehe)… kebanyakan kemalangan ni berlaku disebabkan pemanduan yang terlalu laju…

Bila kita memandu laju, maka tahap kawalan untuk berhenti tu memang payah nak dikuasai… berbanding memandu perlahan… Tapi kalau memandu terlalu perlahan pun boleh membahayakan diri dan orang lain.. tambah2 kalau berada di lorong kanan…

Dalam hal pemanduan ni, kita kena bijak mentafsir situasi… Bukan semua keadaan kita boleh memandu perlahan… dan juga bukan semua keadaan kita boleh memandu laju (kalau lalu depan ibu pejabat JPJ, sila la bawak secara perlahan walaupun takde road block.. sbb kadang2 kita tak nampak kereta JPJ yang tersorok yg sedia untuk mengejar kita). Kalau rasa mengantuk, janganlah ditekan lagi minyak tu… tapi belokkan la stereng ke R&R berdekatan… sbb tido itu adalah ubat paling mujarab untuk penyakit mengantuk..

Begitulah dalam kehidupan kita di dunia ini… Ada masanya kita perlu berjalan laju (tambah2 kalau di KL… terlambat sikit, memang tersangkut dlm jem… atau terlepas bas) dan ada masanya kita perlu berjalan perlahan… dan ada kalanya kita kena mengundur dulu, kemudian baru cari jalan mcm mana nak teruskan jalan ke depan…

Asalkan ada ruang (nyawa) maka selagi tu ada peluang… bila kereta dah kena block depan belakang (mati), masa tu, ada BMW pun dah tak berguna… dan mungkin dalam hati berkata “Alangkah baiknya kalau aku ada BMX.. boleh juga keluar dari kawasan tu”…

p/s: tips pemanduan ini adalah berdasarkan pengalaman Ustaz Love.. dinasihatkan agar membacanya sebagai hiburan.. untuk maklumat yg lebih tepat, sila tengok iklan jalan raya di TV ataupun mendapatkannya daripada MIROS… khusus untuk mereka2 yg nak balik raya…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

Add a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme