Gigi Emas Lebih Berharga Daripada Gigi Palsu!!

14 Langkah Memperbaiki Diri Dalam Masa 14 Hari!!

Para Gamers Meh Tengok Sini!!

Soal Jawab : Korban dan Aqiqah

Salam…

Ustaz Love puas mencari soalan yg ditanyakan oleh Kak Jem… satu2 entry Ustaz Love belek… sampai ke facebook.. rupa2nya Kak Jem tanya kat e-mail. Maka, alasan ini menjawab persoalan kenapa Ustaz Love memeram soalan Kak Jem sekian lama.. bleh ke mcm tu? hehe…

Soalannya :
1) Boleh ke org yg hidup berkorban utk org yg dah meninggal,contohnya mcm kakjem nak korban  1 bhg lembu kpd arwah omak kakjem dan apa hukumnya?
2) Boleh ke org dewasa buat akikah utk diri sendiri,disbbkan masa kecil2 dulu ibubapanya x berkemampuan.
3) Dalam melaksanakan proses korban tu, adakah 1 ekor lembu boleh dicampur antara org yg membuat korban dan akikah? atau klau korban lembunya lain dan akikah lembunya lain..
4) Ibadah korban tu berapa hari ye?(lupalah pulak…)

JAWAPAN :

1) Boleh buat walaupun pada asalnya hukum sunat muakkad (sunat yg dituntut – korban) hanyalah untuk orang yg masih hidup. Berdasarkan umum hadis “Apabila meninggal anak Adam, terputus amalannya kecuali 3 perkara…”.
2) Jika diikutkan, sunnah aqiqah ini telah tergugur daripada ibu bapa terhadap anaknya apabila beliau telah mencapai umur baligh.. Namun, jika anaknya itu berkeinginan melakukan aqiqah walaupun dah beranak pinak, tiada masalah…

3) Dalam mazhab Syafie, boleh dicampurkan bahagian korban dan aqiqah dalam seekor lembu.. Tapi menurut jumhur, tidak boleh.. kerana kedua2nya ibadah yg berbeza. Sebaiknya, untuk mengelakkan khilaf, asingkan lembu untuk korban..dan untuk aqiqah, sembelih je kambing (walaupun dlm mazhab Syafie membolehkan aqiqah dengan lembu)

4) Waktu untuk korban bermula daripada terbit matahari 10 Zulhijjah (hari raya IdulAdha) sehingga terbenam matahari pada hari raya ke 4 IdulAdha (13 Zulhijjah)

WA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 Comments

Add a Comment
  1. seronok rasanya bila ustaz dah jwb persoalan kakjem,tapi kakjem ada 1 lg soalan:
    Bolehkah org yg membuat korban memakan daging korban tersebut? begitu juga dgn dging akikah?

  2. Salam…

    bro zul : niat tu penting.. tapi kalu bleh tempah awal2 lagi baik.. sbb takut bila dah akhir2, dah tutup permohonan.. hehe

    Kak Jem : untuk daging korban, sunnah kalau ambil sedikit daging untuk makan sendiri.. kata Dr. Yusuf al-Qardhawi, 1/3 amik utk diri sendiri

    "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin." (al-Hajj : 28)

    Begitu juga dengan daging aqiqah..cuma bezanya, daging korban sunat disedekahkan daging mentah.. manakala daging aqiqah sunat diberikan dalam keadaan telah dimasak..

    Mama : wa iyyak

    Faezah : Pada pendapatan Ustaz Love, tiada masalah jika kita meyakini bahawa duit yg disalurkan utk program korban online itu dapat menyampaikan dagingnya kepada yg memerlukan (spt rakyat Kemboja yg makan daging setahun sekali dsb).. tapi yg lebih afdhal adalah secara offline.. sbb disunatkan yg berkorban itu sendiri menyembelih binatang korban.. kalau tak mampu, maka disunatkan melihat semasa sembelihan itu dilakukan (Mughniy al-Muhtaj)

  3. perancangan adik bradik kekjem tahun ni kami nak sembelih sendiri lembu tu & pas tu nak wat kenduri…boleh ya klau cam tu ustaz??

  4. Kak Jem : lembu tu nak buat korban ke aqiqah? kalu nak buat aqiqah, mmg molek sgt la niat kak jem nk buat kenduri tu ;)

  5. nak wat korbanlah tapi daging yg nak dimasak utk kenduri tu adalah sebahagian drpd lembu tu setelah dibahagi2kan….bleh ke…..

  6. Kak Jem : boleh, takde masalah… tapi Kak Jem jangan tak makan plak masakan daging tu… nak amik sunnah ;)

  7. Jika ibadah aqiqah blm dilaksanakan, boleh tak terus buat ibadah korban. Boleh tak saya buat aqiqah utk saya, isteri, 2 org anak perempuan , ibu bapa dan ibu mertua saya.Saya b’cadang meyembelih seekor lembu. Cukup tak bhgiannya.Apa pendapat ustaz?

    1. Pada pendapat Ustaz Love, untuk Poi, isteri dan ibu mertua, lebih wajar dilakukan korban.. manakala untuk 2 org anak perempuan itu, lebih wajar dilakukan aqiqah.. ini kerana, aqiqah adalah tanggungjawab (sunat) ibu bapa.. sedangkan korban itu adalah pengorbanan yg kita sendiri lakukan..

      bahagian tu memang cukup2 dan cun untuk 7 orang bagi seekor lembu ;)

  8. Assalamualaikum, ustaz, kalau lembu yang disembelih bangun semula dan berlari apa nak buat, tunggu ke, kejar ke, sembelih semula ke, taman ke sbb dah jadi bangkai

    1. kalau dah sempurna sembelihannya, kejar binatang tu dan tunggu sampai dia mati.. yg jadi bangkai ni kalau sembelihan tak sempurna (tak putus urat contohnya)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site