Mat Saleh Memang Suka La Idea Mengarut Macam Ni!!

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga!!

Khas Untuk Para Gamers!!

Soal Jawab : Takbir Hari Raya

Salam…

Ada soalan lagi daripada Kak Jem.. soalan berkaitan takbir raya… Nampaknya, Kak Jem begitu bersemangat untuk beraya.. sedangkan puasa ada beberapa hari lagi.. hehe.. jangan marah Kak Jem.. Ustaz Love bergurau je..

ada soalan tentang takbir raya: aidilfitri takbirnya 1 hari je kan,manakala aidiladha 3 hari, ada nas x tntang laungan takbir ni? bagaimana klau ada tempat melaungkan takbir selama 3 hari pada hari raya puasa? tolong diperjelaskan..

Gambar ni Ustaz Love amik kat web http://umno-online.com/..

Jawapan Ustaz Love :

Memang ada dalil berkaitan dengan bilangan hari untuk bertakbir itu… Bagi yang melakukan takbir raya Aidilfitri selama 3 hari, maka beliau telah melakukan sesuatu yg bukan sunnah… Dalil bahawa takbir raya Aidilfitri itu adalah bermula pada maghrib hari terakhir puasa dan berakhir dengan berakhirnya solat sunat Aidilfitri…

1.  “Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah : 185)
Maknanya, bila dah nampak anak bulan maka berakhirlah sudah puasa Ramadhan.. maka ketika itulah bermula takbir raya Aidilfitri..
2. Ibn Abi Syaibah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. keluar rumah menuju lapangan kemudian Baginda bertakbir hingga tiba di lapangan. Beliau terus bertakbir sampai solat selesai. Setelah menyelesaikan solat, Baginda menghentikan takbir. (HR. Ibn Abi Syaibah dalam Al Mushannaf)
Maksud terus bertakbir sampai solat selesai adalah 7x takbir pada rakaat pertama dan 5x takbir pada rakaat kedua.. Yg sebelum solat itulah yg kita baca takbir berlagu tu (takbir nusantara)..

Wallahua’lam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Comment

Add a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


6 + one =

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site