I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Tafsir Mimpi

Salam…

Soalan ni berkaitan dengan tafsiran mimpi… Kalau tak silap, Ustaz Love dah pernah jawab soalan berkaitan mimpi ni.. tapi tak ingat plak kat mana… Soalan daripada aYaz :

salam ustaz,
saya mohon bertanya dan meminta pandangan ustaz.
Bagaimana untuk mentafsirkan sesuatu mimpi yang selalu datang berulang kali,
orang yang ditemui adalah sama,tempat dan kawasan juga sama,
cuma berbeza keadaan dan situasi.
Mimpi ini selalu terjadi masa tidur sebelum bangun subuh.
Harap ustaz dapat huraikan serba sedikit.
terima kasih.


JAWAPAN :

Menurut Imam Ibn Syahin rahimahullah, ilmu tafsir mimpi ini memang diakui oleh syarak… Dari sudut istilahnya dipanggil ilmu ta’bir atau ilmu takwil mimpi… Namun, perlu berhati2 agar tidak terjebak dalam ilmu tenung nasib…

Berkaitan dengan mimpi saudari itu, Ustaz Love tak mampu nak tafsirkan secara khusus… sbb pertanyaannya juga secara umum… Cumanya, mungkin panduan2 berikut boleh diaplikasikan dalam mentafsir mimpi…

Mimpi ni boleh dibahagikan kepada 3 jenis..

Ada mimpi yang kita mimpikan… kemudian mimpi tu benar2 berlaku… maka, memang benar la mimpi tu.. sbb dah terbukti dengan kejadiannya… mimpi macam ni tak perlukan penafsiran… Contohnya macam mimpi jatuh dalam longkang… esoknya memang betul2 jatuh dalam longkang.. bermakna, memang mimpi itu adalah mimpi longkang yang benar…

Ada juga mimpi yang merupakan mainan syaitan.. mimpi jenis mcm ni biasanya kita tak berapa ingat sangat jalan ceritanya… tengah elok2 mimpi makan nasik, tiba2 bertukar jadi raksasa yang tengah ditembak oleh otromen.. tiba2 plak ada kat shopping complex tengah beli baju… maka mimpi yg tak ketentuan macam ni memang mainan syaitan saja… Juga mimpi2 yg menakutkan (mimpi ditindih dsb).. semuanya mainan syaitan…

Ada juga mimpi yang merupakan atas desakan nafsu… balik kerja naik bas, tergesel2 dgn aweks dlm bas… sampai rumah terus tido… pastu mimpi yg aweks tu kenyit2 mata plak… tiap2 hari mimpi yg sama (sbb tiap2 hari naik bas yg sama dengan aweks yg sama)… maka ianya adalah pengaruh fikiran yg khayal nakkan aweks tersebut…

Apa jua jenis mimpi, janganlah kita ambil serius sangat… Sbb mimpi kita bukanlah mimpi para Nabi.. sbb mimpi para Nabi itu adalah wahyu… Cuma, kalau mimpi2 berbentuk peringatan (contohnya mimpi kena patuk ular dalam kubur ke, mimpi berzina ke…) maka ambillah iktibar agar dapat memperbanyakkan amalan dan menahan diri daripada melakukan kemungkaran…

WA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

76 Comments

Add a Comment
  1. mimpi pun ada jugak sbb minda bwh sedar kita –sbb kita impikan sesuatu yg mungkin tak kesampaian–like me & adik beradik selalu mimpikan seolah2 arwah ayah kami masih hidup mcm dulu2…sbb kami masih belum dpt sesuaikan diri dgn realiti bahawa ayah kami dh tak ada kat dunia ni.. sedih tp benar

  2. hmm..btul jugak..tp sy selalu jugak mimpi yg agak pelik dan tersirat.cth:dlm mimpi sy niat nak solat.tiba2 didirikan sebuah masjid yang sangat ctik untuk saya solat.lepas sy keluar dr masjid tu.ia hilang..dan sy nampak bintang di siang hari berkumpul membuat kalimah Allah.subhanallah..hmmm..dikira mcm mn tu ustaz love?

  3. mama : tu rindu sampai terbawa2 dalam mimpi tu… πŸ˜‰

    humbleyat : berkaitan solat dan masjid cantik tu..secara abstraknya, mungkin menunjukkan bahawa kemuliaan dan keistimewaan saudari akan dapat apabila menjaga solat.. sebaliknya, jika saudari tidak menjaga solat, maka kemuliaan dan keistimewaan saudari bakal hilang..

    bintang di siang hari itu menunjukkan sesuatu yg berlawanan.. ini kerana bintang tak bleh nampak waktu siang.. dan bintang itu selalunya dikaitkan dengan penunjuk arah.. Jika saudari mengikut petunjuk yg Allah berikan (mungkin melalui gerak hati, ilham dsb) insyaAllah, saudari akan bertemu dengan matlamat yg sebenar..

    Tapi, kalau dalam keadaan sedar pun (gambaran siang), masih tak dapat nak ikut petunjuk tersebut maka susah nak capai matlamat hidup..

    dan ada kemungkinan juga ia menunjukkan sekalipun saudari mengetahui tentang sesuatu perkara (tahu betul salahnya), tetapi saudari masih memerlukan pembimbing untuk menunjuk dengan lebih jelas..

    panjang lebar plak komen Ustaz Love ni… dah macam entry plak.. apapun, itu sekadar pendapat Ustaz Love saja.. bukan tilikan tau.. hehe πŸ˜‰

  4. time kasih ustaz,
    mmg sy sngaja tny secara umum,
    sbb adakala mimpi sy dtg spt tu,
    mksd sy situasi berbeza,yg mane sy tak pnh smpai kwsn tu,tp brjmpe dgn org yg sm,
    seingat sy,org tu bukan yg sy kenali.
    yg plg ketara adlh mimpi sy naik 1 kwsn yg tinggi,kmdn dah smpai puncak trtinggi,
    tetibe bdn sy melayang2 jatuh ke bwh,
    dan ms tu jgk rase seolah2 tersentak kaki.
    tak lm lps tu,sy dpt kptsn exam,
    jatuh yg amat teruk..
    huhuhu..mybe tu slh 1 ptunjuk dr Dia..

  5. ustaz love:
    terima ksih, ada juga tafsirnya yerk.kalau nak ikutkan, byk lagi mimpi yg plik2..sebab bila bgun je kena fikr knpala dpt mimpi mcm tu..klu nak dicerita pasal mimpi ni.memg tak habis.terma kasih ye ustaz love..

  6. biarkan dia dengan mimpi mimpinya. Rukun Iman 6 perkara dan hanya itulah yang wajib dipercayai. Lain perkara lupakanlah kecuali kalau nak ikut jalan sesat

  7. ustaz,
    salam
    saya pernah mimpi yang banyak kali jadi kenyataan…semua tu petunjuk sblm satu perkara
    terjadi terutamanya yang berkaitan dengan saya..jd bila da mimpi sesuatu tu…saya jd lebih berhati2 dan berdoa..walaupun kadang2 just mainan tdo saje…:)

  8. Salam..

    "Mimpi yg baik daripada seorang lelaki yg soleh merupakan satu daripada 40 bahagian kenabian" (HR al-Bukhari dan Muslim)

    Jadi, janganlah mengatakan bahawa petanda melalui mimpi itu adalah kesesatan.. πŸ˜‰

  9. sy nak minta pandangan…sy baru terperasan sy mimpi ni dua kali pd ms yg hampir2 dekat..

    1st sy mimpi,sy n teman lelaki sy didalam kereta melalui jalan yg sunyi..malam hampir pagi…die bw kereta slow n melihat2 sesuatu,then die berenti n amek baby yg dibuang…

    2nd sy mimpi sy yg jumpa baby..sy takot nak pegang,sy suruh bf sy angkat..kmd di bagi pd sorg akak ni,tp die xbleh pegang betol2 jd sy ambik baby tu n pegang2.rs kasih pown ade…cuak la plak mimpi2 cmni..?

    1. Ustaz Love pun tak pandai nak tafsir mimpi ni.. mungkin itu isyarat nak suruh kelopakmawar kawin cepat2 kot? πŸ˜€

      1. Salam ustaz,
        Saya pernah baca mimpi berulang2 ni mainan tidur…cuma curious…saya mimpi benda yang sama selama bertahun2 hingga sekarang, cuma bukan hari2 tp dalam setahun mungkin 2, 3 kali. Dan saya tak pernah teringat atau terfikir orang tu setiap kali sebelum mimpi tu terjadi. Saya mimpi nampak orang sama dari jauh (orang tu seseorang yg rapat dgn saya satu masa dulu) , dia pon nampak saya, dan kami cuba untuk bertemu, tapi setiap kali pon mesti gagal disebabkan saya terjaga ataupon mimpi tu habis bergitu shj. Lokasi selalu bertukar2 tp matlamat sama, kami hendak bertemu tp gagal.

        Boleh tk ustaz bagi jawapan reasonable enough, to put end to my curiosity. Terima kasih byk2.

        1. Ustaz Love tak dpt bg jawapan yg boleh menghilangkan tanda tanya saudari sbb Ustaz Love bukanlah ahlinya untuk mentafsirkn mimpi. Cuma bagi Ustaz Love, cara mudah untuk menghilangkan perasaan itu adalah dgn tidak mempedulikan perkara berkaitan mimpi dan sentiasa berpegang pada realiti.. WA

  10. Assalammualaikum ustaz..semalam sy bermimpi menunaikan solat di atas bukit.keadaan pada masa itu seakan-akan berlaku gempa(gegaran).sebelum solat,sy memandang ke langit,langit nampak menyeramkan.seakan-akan berlaku letupan.saya berasa amat takut.saya pun trus melakukan solat.

    1. Ustaz Love tak pandai nak tafsirkan maksud mimpi itu.. tetapi setakat pengetahuan Ustaz Love, mimpi solat itu merupakan suatu mimpi yang baik..

      WA

  11. askum ustaz.
    saya mimpi tengok mayat sedang di mandi kan,dan pd saat itu jugk sy dapat mendengar mayat itu kesakitan..ustaz tlg tafsir kan utk sy..apakah makna nya..saya cari makna dlm web tp keliru ustaz..ada stgh utk kebaikan ada stgh keburukan..

    1. Ustaz Love tak dapat nak tafsirkan mimpi saudara.. Apa yg boleh Ustaz Love katakan, jangan menjadikan mimpi itu sebagai panduan hidup.. anggap saja ia mainan tido.. itu lebih menenangkan jiwa..

  12. Salam ustaz, sy nak tanya, sy telah mimpi tentang seorang lelaki sama dua kali. First sy mimpikan lelaki tu. Kami hanya eye contact jer. Takde cakap ape ape. Second waktu sy tengah bersendirian, dia datang dari belakang dan memeluk saya. Dia nak cakap something tetapi tak sempat sebab sy tersedar. Apa maksudnya?

  13. ustaz , sy nk tanye . saya dah berulang kali mimpikan orang yang sama iaitu bekas kekasih saya . saya dan dia kini sudah tiada apa-apa cuma sejak kami berpisah saya selalu mimpikan dia . dalam mimpi itu dia bahagiakan saya dan kami seperti bersama semula . apa maksud mimpi itu ustaz ??

  14. ustaz?saya pernah bercinta dgn lelaki yg muda setahun daripada saya.tapi dia tinggalkan saya.sudah setahun kami putus.tapi,bru2 ini,slepas dia putus dgn kekasihnya,saya selalu mimpi tertemu dia dkat skolah.kdg2 mimpi brcinta smula dgn dia.tp yg selalu saya mimpi tu just brjumpa saje.saya dan dia masih bersekolah.apa maksud mimpi saya ustaz?saya tak ada pun fikirkan atau tringat dgn dia pun slama ini.tiba2 pula mimpi dia lagi.swaktu kami ptus sya mmg slalu mimpi dia sbb time tu saya still syg dia.tapi bru skrang saya mimpi dia lagi.tlglh bls ustaz.saya nk tahu mksd mimpi saya ni.

  15. salam
    saya nak tanya tentang tafsiran mimpi saya

    baru baru ni saya mimpikan arwah atuk.sudah 2tahun beliau meninggal dunia.masa beliau meninggal tu memang saya tiada di sisi beliau.saya juga merupakan cucu kesayangan beliau.saya nak tanya,saya bermimpi bagaimana beliau meninggal dunia.nenek pernah cerita kepada saya,arwah meninggal dunia dalam keadaan tidur.masa tu beliau mengiring sebelah kanan.muka arwah pun tenang.saya mengalami mimpi tentang bagaimana arwah meninggal.kami tidak berckap dalam mimpi tu.cuma saya nampak bagaimana beliau meninggal..saya tak mampu berbuat apa2.selepas tu saya terus terbangun.saya sedekahkan al-fatihah kepada arwah.

    saya nak tau,apa maksud mimpi tu?
    terima kasih..

  16. Salam ya ustaz love. Sy ada keraguan dan perlukan nasihat atau pandangan. Sy sudah berkahwin 3 tahun. Dlm perkahwinan sy sering bergaduh dgn suami. Dan selalu klu kami bergaduh sy akan bermimpi bertemu bekas kekasih. Selalu. Setiap kali kami bergaduh, mlmnya akan mimpikan ex bf. Ada makna kah mimpi sy tu ustaz?

  17. slm ustaz love..sy pernh bcinta n wktu mula2 cple sy ade mmpikn dia..dlm mimpi tu dia just pndg sy dgn stu pndngn yg sy sdri xtahu nk tfsir..mcm pndgn sayu je..kli kdua sy dpt mimpi yg sma n bla sy bgtau dia cuma gelak n ckp mmp tu kn mainn tdur..hbungn kmi xbpnjgn,msuk tahun kdua kmi putus..xdnfikn sy sgt kcwa n ttkan sbb dia cnta ptama sy..n lpn buln slps kmi ptus,dsaat sy dh boleh lupakn dia mimpi tu dtg lg..mmpi yg sma n mkin kerap…sy pelik knp dlm mmpi tu dia lgsung xbercakap ngn saya..n mmpi tu hdir ble sy lgsg xtfkirkn dia sbb kdg2 sy ade jgk tringtkn dia tp mmpi tu xpulak dtg..n knp skrg mkin kerap sdgkn sy hmpir dpt lupakn dia n sthu sy dia pun dh ade pggnti sy..hrp ustz dpt bntu

  18. Asslamualaikum Ustaz,

    Mohon penjelasan.. adakah mimpi selepas waktu sahur didalam bulan ramadhan (setelah masuk waktu subuh) dikira sebagai mimpi yang benar?

    1. Assalamualaikum Ustaz,

      Mohon penjelasan.. adakah mimpi selepas waktu sahur didalam bulan ramadhan (setelah masuk waktu subuh) dikira sebagai mimpi yang benar?

  19. salam..ustaz,sekadar inginkan pendapat ustaz..saya bermimpi 7 bintang jatuh dari langit dan menuju ke arah saya?dan masa tu hati sy betul2 bahagia..dan ia terjadi sebelum subuh..nak minta pandangn ustaz..hehe..

  20. salam ustaz love, saya nak tanya pasal mimpi saya..saya sering mimpi pada orang yang sama berulang kali..yang pelik nye, orang tu ustazah saya masa saya sekolah menengah dulu..dah tinggal kn sekolah hampir 7-8 tahun..boleh bagi pencerahan sikit?

    1. Ustaz Love pun tak tahu nak cerahkan macam mana.. mungkin saudara terlalu rindukan ustajah tu kot sampai terbawa2 dalam mimpi. Mesti ustajah tu cun kan? kiki

  21. as salam, ustaz love, mimpi saya lebih kurang ayaz, tapi saya mimipi orang yang dikenali (rakan 1 kolej) tapi di tempat yang berlainan, cuma apabila saya mimpi, keesokan harinya saya akan terserempak dengannya, tapi bukan di kolej, di luar kolej, kadang2 dekat dengan kolej dan pernah juga tempat yang jauh dlm 40 km jauh dari kolej, apakah maksudnya ustaz,

  22. assalamualaikum …. saya ade nak bertanya tentang mimipi bertemu ibu yang sudah lama meninggadidalam mimpi dia senyum dan alhamdulillah saya dapatcium tangan dan membasuh kaki beliu apakah maknanya tolong kongsikan

  23. salam ustaz…ari tu sy ade mimpi mak sy soal kekasih sy tentang rukun iman tp dia x dpt jwp…die diam je…trus sy trsdar…ape mkne nye ustaz love?

  24. assalam… ustaz.ape petandanye kalau kte sering mimpikan orng yg same(lelaki) pde thun lepas masa dia masih sekolah,saye selalu mimpikan dia rasanya dah 10 kali thun ni pon dah lebih dari 5 kali walaupun saya dah lama x nampak dia. ape maknenya ye ustaz? nak katakan sebelum saya tidur je fikirkan dia..tak pulak.mungkin kdng2 je tpi xde plak terbawa ke mimpi mse 2

    1. Anggap saja ia hanya mainan tido. Kita tidak tahu mimpi itu sebagai petanda atau bukan, sehinggalah kita benar2 mengalami apa yg diceritakan dalam mimpi tersebut.

      WA

  25. assalamualaikum.ustaz love
    saya nak tahu kenapa bebarape hari nie saya asyik mimpi atas mimpi..saya mimpi berulangk kali pada hari yang sama..saya jatuh dari atas katil tapi saya tidak sampai penghujunnya..dan saya x pasti saya sedar atau tak masa tu..seperti bagunan tinggi yang tiada penhujungnya..
    apabila saya bagun pagi saya masih di atas katil cuma terasa sakit badan dan terasa tangan kebas setiap pagi…apa pendapat ustaz love?

    1. pada pandangan Ustaz Love, mungkin ada kaitan dgn gangguan.. sebaiknya sebelum tido, ambillah wuduk dan bacalah ayat Kursi.

  26. assalammualaikum ustaz
    saya telah bermimpi saat2 kematian…sewaktu dimandikan saya dapat merasakan bertapa azabnya waktu itu…dan sewaktu diri saya di masukkan ke liang lahat serta bertapa gerunnya seperti bumi bergegar menyambut kedatangan mungkar nangkir langkah demi langkah sehingga langkah yg ke6…sehingga skrg ini saya masih terbau haruman wangian tetapi perit untuk di hidu….pernah haruman wangian ini melintas di hidung saya dan tak lama lepas itu ada kemalangan maut di sekitar tempat tersebut….sudah ramai ustaz2 saya bertanyakan hal ini namun tiada jawapan yg di beri…

  27. assalamualaikum ustaz .. sbnarnya ni soaln dri ank saudara sy tpi sy yg nk tnya ustaz .. ap maksud klau kita mimpi kita nmpk kekasih kita tengah mndi bogel dn dlam msa tu kta tgah berborak dgan dy .. dy sikit pon ta dak marah-2 sbab kita tgah tgok dy mndi .. muka dy selamber jerr .. ap ea ustaz..?

  28. salam ustz…saya nak tanya..smlm saya ada bermimpi…dekat tahjud tapi saya xboleh solat..saya berzikir..pastu tertidur..saya mimpi saya naik kereta dengan bekas teman lelaki saya tapi saya duduk belakng saya senyap je…sblm ni x mimpi pun mcm tu..saya x cakap apa2 ingt kita orang ada apa2 hubungan sah….tiba2 sampai suatu tempt mcm area pasar2….saya tercari mana dia pergi…tengok2 dio pergi ke kedai barangan emas…saya x terfikir apa2…apa tanda?ke dia akan berkahwin dengan temannya yang baru?..

  29. Assalammualaikum Ustaz. Saya bermimpi saya minum seteguk air, lepas tu terasa ada besi karat. Saya rasa lain lalu saya keluarkan dari mulut, dan terdapat beberapa pisau belit. apabila saya pegang pisau belit tersebut, saya dapat merasakan pisau tersebut bernyawa. Saya menyebut nama Allah dan tepuk pisau belit tersebut, dan pisau belit itu terbakar dan menjadi hitam tanpa sebarang api, menjadi seperti abu. Dalam mimpi ini juga, adik lelaki saya juga megeluarkan pisau belit juga di dalam mimpi yg sama. Apa maksud mimpi ini? terima kasih.

  30. assallammuallaikum n slmt pagi ustaz…sy airiz hndak bertanyakan pada ustaz….saya mengalami suatu mimpi yg agak pelik,mcm ni sy bermimpi ada org nak menganiaya sy lalu sy berdoa pd allah s.w.t lalu allah kabulkan permintaan saya dgn meruntuhkan bangunan2 semua…apa maksud mimpi sy tu ustaz…sekian terima kasih…

  31. dulu saya penah mimpi bekas teman lelaki saya 3 hari berturut turut. masa tu saya tengah stady, n berada di rumah sewa bersama kawan2. saya mimpi dia dtg balik kat saya dan mnghantar sy pegi class.. n tak lama selepas itu mmg die muncul balik dalam hdup sy.. n menghantar sy pegi class..

  32. Salam,sy nk tnya ustaz mengenai mimpi.Dua tiga hari yg lepas ada kawan2 sy yang mimpikan sy,nmpk agak pelik dan sy masih terfikir apa maksud mimpi mereka..Apakah pandangan ustaz

  33. Assalammualaikum ustaz,saye nk tanye sikit,ape petanda klau mimpikan org same,adekah hubungan akn jdi lbih erat atau akn berjauhan

  34. AssalamualaikuM. .
    Sya mohon tafsir mimpi sya, sya 2x mimpi muka bekas suami, ya pertama dia senyuman tengok sya, yg kedua dia dtg rumah tym doa selamat, bersalam dng ayah, tpi ayah x sambut salam dia. .

  35. Assalamualaikum ustaz saya ingin bertanya tafsir mimpi saya sudah lama saya bermimpi seorang yang saya kenali setiap kali bermimpi yang saya akan menemuii dia kembali bukan saya sahaja tetapii sahabat saya juga bermimpi tentang saya dengan insan ini akan bertemu kembalii berulang kali..

  36. Assalamualaikum ustaz.

    Saya dah banyak kali mimpi tu akan jadi kenyataan. Tapi kadg2 saya mimpi yang nmpak pelik tapi benda tu jadi.

    1. Sekali tu saya mimpi saya ada kat taman macam ala2 autumn gitu. Saya berlari jumpa dengan kawan saya. Tiba2 dia jerit jangan. Dalam mimpi tu saya nampak ada orang dekat belakang saya nak tikam dari belakang. Dan selepas daripada mimpi tu saya jadi tak sedap hati. Selepas tu, saya cerita pasal personal kat sorang budak asrama ni. Saya ingat dia bolehlah keeping a secret. Then esoknya ada kawan asrama saya lagi sorang cakap yang kawan dia tu bagitahu apa yang saya bagitahu semalam. Dia ckp kwn dia tu tikam belakang saya.

    2. Saya ada mimpi yang saya pergi mall dengan cousin saya. Tempat tu sangat berbeza dengan Malaysia. Saya tinggalkan cousin saya so saya pergi beli waffle kat sepanjang jalan ada banyak pokok sakura. Saya dari jauh nampak orang yang saya suka berpakaian suit putih dgn seorang perempuan pakai gown putih. Selepas itu, lelaki yg saya suka tu berhenti di bangku berhadapan dgn kedai waffle. Lelaki tu petikkan bunga sakura untuk perempuan tu. Saya berlari arah lelaki tu. Yang saya terkejut saya boleh tembus keluar dri badan lelaki tu. Dia tak nampak pun saya. Dia terus pergi dgn perempuan tu. Saya ikut dan saya nampak dia menari dgn perempuan tu. Saya berlari dengan menangisnya. Tiba2 saya tersungkur. Tiba2 ada lelaki hulurkan tangan kepada saya. Saya pandang atas ternyata tu lelaki tadi. Dia angkat saya. Selepas dari tu saya tkde rasa apa2.

    Selepas 1 minggu, saya rasa tak sedap hati. Then saya bagitahu bff saya, dia bagitahu yg lelaki tu ada bergambar dengan perempuan lain.

    Saya macam pelik kenapa saya mimpi macam tu.

    Saya pernah mimpi mcm ada seorang lelaki, tinggi, berserban putih, jubah putih. Dia senyum dekat saya. Dia menuju ke arah cahaya. Lepas tu saya bangun tengok jam pukul 6.

    Saya nak penjelasan daripada ustaz sendiri. Sekian.

  37. Assalamua’laikum ustaz ,

    Boleh dikatakan saya kadang kala bermimpikan arwah kawan saya ( lelaki ) . Kami pernah bersekolah menengah sama dan dulu saya pernah menaruh hati pada dia tetapi tidak bercinta .

    Arwah meninggal tak silap saya dua tahun lepas excident ( kalau arwah hidup lagi umurnya sebaya saya 25 tahun ) dan saya tidak sempat berjumpa dengan arwah .

    Semasa sekolah menengah arwah suka mengusik saya . Tapi selepas sekolah menengah saya tidak pernah berjumpa atau menghubungi dia . Mungkin saya geram dengan usikannya dahulu .

    Dalam mimpi arwah tidak menunjukkan yang dia sakit atau berlaku sesuatu yang buruk terhadapnya .

    Pada bulan puasa mesti sekali saya bermimpikan akan arwah .

    Adakah ini bermaksud arwah ingin meminta maaf ataupun saya sendiri terkilan kerana tak sempat melihat arwah untuk kali terakhir ? Walaupun saya tak pernah teringatkan arwah dan sudah lama memaafkan perbuatan dia .

    1. Tidak ada kaitan pun sebenarnya. Itu mungkin hanya perasaan saudari yang terlalu kuat sehinggakan terbawa dalam mimpi. Sebaiknya, saudari maafkan perbuatan beliau dan berdoa semoga Allah mengampuni dosa beliau dan ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh. WA

  38. Salam..saya nk tnya, sebelum ni, kawan saya ada mimpi saya kahwin, mlm esoknya, saya mimpi saya nmpk lelaki yang saya suka, pastu dia minta sejadah kat saya dan dia solat, lepas solat, dia duduk sebelah saya, dan dia pegang tangan saya erat2, dalam masa yang sama, saya nampak ada family dan budak2 mungkin anak sedara, dan saya rasa waktu tu kami brdua pakai pakaian yg cntik.. apa mksdnya tu? adakah sekadar mainan tidur? tp mmg sebelum ni mimpi laki tu banyak kali dh.

  39. As salam ustaz, semalam saya mimpikan arwah abah saya datang dalam mimpi, muka arwah nampak risau. dalam mimpi tu dari pandangan saya dia risaukan mak saya…kemudian saya peluk arwah erat2 untuk tenangkannya hingga saya dpt rasa jantung arwah berdegup laju. Saya usap2 belakang arwah untuk menenangkannya sambil peluk erat2. Kemudian saya terjaga. Saya terjaga ada air mata kat mata saya ustaz, maknanya masa bermimpi tu saya sambil menangis.

    Setahu saya ustaz, hubungan antara orang yang dah meninggal dan yang hidup telah terputus kan? Tiap2 tahun saya akan didatangi arwah. Benarnya, bila tiba puasa saya mmg selalu mengaji dan buat solat sunat dengan niat bekalan untuk arwah disana. Tapi itu yang saya musykil, apa ada kekurangan dimana2kah?

    tq ustaz.

  40. Salam Ustaz Love

    nak tanya berkaitan dgn mimpi…saya pernah bermimpi tentang bekas kekasih suami saya..maksud bekas kekasih suami ni mereka pernah mengadakan hubungan sulit sehingga melakukan zina..akibat dari perbuatan itu bekas kekasih suami mengandung anak luar nikah..tetapi masa ini tidak lagi mempunyai hubungan..tetapi saya pernah bermimpi dua kali tentang bekas kekasih suami ni..apa kah maksud nya itu ustaz?

  41. Ustaz,baru-baru ni. Kawan saya berkata bahawa dia bermimpi, tetapi mimpi itu tentang saya dan ‘ crush ‘ saya. Katanya , kami berdua datang ke rumahnya lalu kami berdua bermesraan tiba-tiba neneknya yang melihat kami berdua bergurau senda kemudian neneknya marah kami.apakah maksud mimpikan tersebut sedangkan saya tidak bermimpi pasal ‘ crush ‘ saya tu. Boleh ustaz terangkan maksud mimpi saya tu?

  42. saya nak tanye , mastu saya ade mimpi sorang lelaki nie . saya memang ade la pendam perasaan kat dia . tapi kenape saya boleh mimpi 2-3 hari pasal dia , saya terjumpa dengan dia . malam tadi pon saya ade termimpikan dia . ataupon saya terlalu pikirkan dia sampai ke alam mimpi ?

  43. saya nak tanye , mastu dalam masa 2 hari saya ade termimpikan seorang lelaki dan saya akui saya minat jugak kat dia . tapi sejak kebelakangan nie saya termimpikan dia . tapi tak selalu laa . ape maksudnye , nak kate saya pikirkan pasal dia , takde laa pulak . tapi dia sendri yang datang ke mimpi saye .

  44. Salam ustaz. Sy ada mimpi ni. First sy mimpi ade sorang ni temankan sy naik bas. Lepastu dia bg saya hadiah bebola kristal dan ade kat note tu tulis “InshaAllah sy kan tunggu awak”.-wan
    (Org dlm mimpi pertama sy namakan wan)
    Mimpi ke dua : sy jumpa kawan lama sy nama dia azim. Azim ni tetiba dtg kat saya ckp dia suka saya . Tp dlm mimpi tu sy ckp balik maaf sy terpaksa tolak. Lepastu tgk azim ni sedih sangat. Dlm mimpi tu jugak ada wan tadi. Tp dia diam je. Dan sy dpt rasa sebnanya wan tu ade benda nak ckp tp tak terluah. Mimpi yg kedua ni tjd dlm area kol 3 pagi.
    .(minta komentar ya ustaz)

  45. Assalamualaikum ustaz . minta tafsirkan . sya ade buat smbhyg hajat dn istikharah untuk dberi kn petunjuk untuk mnntukn wanita mna yg lptut sya pilih untuk mndi isteri yg solehah . dlm mimpi tu seekor burung dtg dn muka nya berubah mnjdi muka isteri sya yg skrg ni . slps tu rama2 pulk yg dtg , dn muka nya brubh mnjdi seorng prmpuan yg sya tk knl . apa mksud nya ustaz .

  46. Assalamualaikum..Ustaz Cinta
    nak bertanya sikit saya sudah hampir 2 bulan dan tiap2 minggu saya bermimpi bertemu bekas kekasih saya walaupun saya langsung tak ingatkan dia. sehingga perasaan hendak jumpa nya selepas mimpi membuak2. saya sendiri kebingungan boleh tafsirkan mimpi saya.

  47. assalamualaikum..ustas saya nak tanya, saye dengan kekasih saya putus dah tiada jodoh.selepas 7 bulan saya dapat tahu die dah pun bertunang .saya nak melupakan dia ,tak stalker dia,buang semua kenangan.
    Tetapi dalam seminngu nie saya asyik mimpikan dia.sampai saya baca doa berulang kali sebelum tidur supaya saya tak wujud dia dalam mimpi saya. Tapi sejak kebelakangan nie saya kerap mimpikan die. saya tahu mimpi mainan tidur dan saya tahu die dah pun bahagia.
    saya mimpikan die datang dengan bertongkat saya sindir die sebab pergi dekat perempuan lain tapi die senyum je pegang saye,esoknya saya mimpi saya nak jual barang kemas dan tunang dia suruh saye jual juga tanah milik dia padahal tanahnya murah dan merugikan.saye juga mimpikan die dalam keadaan tengah berkahwin diarak mengunakan payung berbaju kahwin hijau tapi tiada pengantin perempuan hanya dia.bila saya teringat die cepat2 saye beristigfar………
    saya pun nak bahagia tampa menyakitkan orang lain,tampa balas dendam dan tampa perlu saye rampas balik ape orang ambil dari saya.
    saye tanya pendapat kawan dia cakap hati saye kosong …
    saya mendekatkan diri saye dengan allah tapi makin saye dekat makin menjadi hadir dalam mimpi.
    saya memang patut pertahankan hak saya tapi saye tau disebalik hak saya die adelah milik allah,jika dia jodoh saye allah akan satu kan tapi jika bukan maka bukanlah dia. tapi saya tertanya kenapa??

  48. Assalammualaikum..

    Ustad..nak tanya..kalau kita sering mimpi tempat yg sama…iaitu kawasan rumah lama yang dah lama dirobohkan.. dan mimpi saya akan berkahwin dengan seseorang lelaki .tetapi ditentang family dia

  49. Assalamualaikum,
    Ustaz Love, bagaimana kalau dengan kita bermimpi melakukan zina dengan teman kite..? Mohon pencerahan dari ustaz.. Moga terhindar dari melakukan kemungkaran yang mengundang kemurkaan Allah..

  50. Assalamualaikum ust mohon sedikit pencerahan..pagi tadi sblum subuh dlm pkul 3 4 pagi mcm tu sye asyik trjage je dri mmpi..byk kali saye rse..sye trmmpikan ade seorang prmpuan ni trlmpau obses suka dkat saye smpai sanggup mlakukan sihir keatas saye.. Dri gayenye nmpk mcm sihir la..ape mksod mmpi ni ye ustaz?msok ary ni …ni kli kdua mmpi ni brlaku…kali pertama x silap da lame sgt dahh..mohon sgt2 ustaz dpt mmbantu

  51. Assalamualaikum ustaz, saya baru putus tunang.. tunang ya kdepatan curang.. saya sering kali mimpi tunang saya dengan perempuan itu..bila saya bangun jam menunjuk kan pukul 3 lalu pagi.. apa patut saya buat ustaz? Tiap x saya mimpi muka dia dan perempuan itu..saya bingung apa erti mimpi ne.. saya kalau tidur selalu berdoa ada masa saya bawa ambil wudhu baru tidur

  52. Assalamualaikum Ustaz, saya harap blog ni masih aktif

    okay now, baru beberapa hari ini ex saya kemalangan teruk sangat teruk, dan saya dapat tahu dari kawan dia dab adik dia

    dan tetiba tau saya mimpi dia, dalam mimpi tu dia bantu baiki posisi tidur saya sebab saya terlelap dan dia renung saya, saya dapat rasa sayu sangat, dan dia sentuh tangan saya dan bagitahu dia perlukan saya, then saya terjaga tepat jam 6.30 terus solat subuh.

    saya sebenarnya tak nak fikir mengenaik mimpi ini tapi , dia macam menganggu saya. saya tak suka. i just think positif and hope one day dia sihat dan cepat kawinnnnnnnnnn dengan awek diaaaaaa………….. hehe, but boleh ustak jelaskan maksud mimpi adakah petanda baik atau syaiton.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme