Mat Saleh Memang Suka La Idea Mengarut Macam Ni!!

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga!!

Khas Untuk Para Gamers!!

Soal Jawab : Mandi Wajib

Salam…

Seterusnya Ustaz Love nak pergi kepada pertanyaan Puan Atieaizam… Tak nak panjang2 cerita sangat.. nnt terlari fokus plak…

Salam ustaz.. sya ada satu kemusykilan la ustaz.. pasal mandi wajib ni.. dulu sya pernah terbaca dalam soal jawab agama.. dari maner sya pun lupa.. mandi wajib ni kita baca niat dan jirus kepala 3x, pastu anggota kanan 3x dan anggota kiri 3x.. dan ratakan air keseluruhannya.. dan ada pulak kata.. mandi jirus air dengan niat sekali dan mencangkung, dan kemudian ratakan air keseluruhannya.. yang mana satu kah yang sepatutnya sya ikut yer ustaz.. tkasih.

JAWAPAN :

Secara asasnya rukun mandi wajib ni hanya ada 2 perkara.. iaitu niat dan meratakan air ke seluruh anggota… Maka tak kisah la kita nak mulakan sebelah kiri ke, kanan ke, atas ke bawah ke… asalkan permulaan jirusan itu kita sertai niat mandi wajib di dalam hati… dan seterusnya kita pastikan seluruh anggota termasuk yg terselindung di sebalik bulu2 dan kutu2 terkena air mandian kita itu…

Namun, Islam itu datang dengan syariat dan adab… Nabi s.a.w. menunjukkan cara terbaik untuk kita melakukan proses mandi wajib ini.. Inilah yang merupakan perkara sunat dilakukan dalam mandi wajib ni… termasuklah dalam perkara sunat ini adalah mendahulukan anggota kanan daripada yang kiri…

Sepengetahuan Ustaz Love, membasuh anggota kanan dan kiri sebanyak 3x tidak termasuk dalam sunat mandi wajib… yang ada cuma menjirus kepala sebanyak 3x… anggota lain cukup sekali saja.. sbb anggota kepala ni banyak rambut dan bulu, jadi memerlukan air yang agak banyak untuk menyampaikannya ke kulit…

Tapi kalau mandi pakai shower, sekali bukak shower tu dah bleh gosok2 dan ratakan air ke kepala…

Mencangkung itu lebih menjimatkan air.. dan lebih memudahkan segala ruang2 yg tertutup untuk disampaikan air… sbb air itu perlu diratakan termasuklah di celah kemaluan dan punggung…

WA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 Comments

Add a Comment
  1. ustaz, kalu terkentut, kencin atau berak ketika mandi wajid (sedang melakukan)…sah ke mandi wajib kita?

    2: Dalam lubang hidung dengan dalam mulut perlu ratakan air tak? Anggota wajib ke tu?

  2. Salam..

    mama, sop, Syima : sama2 ;)

    Hazwan : 1. mandi wajib sah… berak dan berak menjadikan kita berada dalam hadas kecil.. jadi, untuk mengangkat hadas kecil adalah dengan cara mengambil wuduk… kalau tgh2 mandi wajib itu, kita terjunub sekali lagi (terpancut dsb), maka kena ulang balik mandi wajib itu…

    2. Segala lubang2 semulajadi (telinga, hidung, mulut) bukan anggota yg wajib diratakan air… yang wajib adalah anggota yg zahir saja…spt dalam cuping telinga, bibir dan hidung belah luar…

    punggung walaupun tak zahir (tak nampak) masa berdiri, namun masa bertenggek, bleh nampak.. maka wajib mengenakan air pada punggung.. tapi tak perlu korek2 sampai ke dalam usus… ;)

  3. ustaz,
    saya diajar dari sekolah dulu kalau nak mandi wajib kena niat sambil lalukan air ke seluruh badan. so selama ni saya amalkan mandi bersih2 lepas tu kluar dari shower dan niat sambil masuk balik shower dan make sure air lalu pada seluruh badan. tapi ada satu forum ni saya terbaca, tak perlu specific mcm tu. cukup sekadar masa nak masuk bilik air tu dah niat nak mandi wajib maka bila air dah lalu ke seluruh badan dah lengkapla mandi wajib tu. betul ke?

    satu lagi perlu ke ambik wudhu lepas mandi wajib untuk bersolat. Sah tak solat kalau tak ambik wudhu dulu tapi in between tak pulak melakukan perkara2 yg membatalkan mandi wajib or wudhu (kalau ada wudhu)

  4. J.A.D : dalam mazhab syafie, niat itu tertentu bagi setiap amalan.. sbb tu kalau dalam masalah niat puasa, mazhab syafie wajib berniat setiap malam.. berbanding mazhab maliki yg cukup niat sekali untuk sebulan puasa…

    maka dalam hal ini, niat mandi ketika mula melalukan air ke anggota badan merupakan kaedah niat menurut mazhab syafie… jangan pening2.. kalau kita tak belajar fiqh perbandingan (fiqh muqarran) antara mazhab, maka bertaqlid saja pada mazhab Syafie..

    Wuduk sebelum mandi wajib merupakan antara perkara sunat dalam mandi wajib… selagi tak melakukan perkara yg membatalkan wuduk spt terkentut atau tersentuh kemaluan dengan tapak tangan, maka wuduk itu sah.. dan sah digunakan untuk solat selepas itu..

    WA

  5. terima kasih ustaz atas penjelasan yg ustaz beri.. kdg2 bila timbul rasa was was tu yang buat sya tak selesa.. alhamdulillah sya faham apa yg ustaz jelaskan di atas.. tkasih.

  6. assalamualaikum ustaz..
    sy ingin menujukan persoalan mengenai mandi wajib kepada ustaz, sekiranya seseorang itu berpenyakit was2 adakah memandai baginya untuk mandi seperti biasa shj?

    1. Waalaikumussalam Mus..

      Tak memadai mandi biasa walaupun bagi pesakit was2.. kerana was2 itu penyakit hati, bukan penyakit anggota.. Yg membezakan mandi wajib dengan mandi biasa adalah niat dan meratakan air ke seluruh badan.. tak susah mana pun ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published.


six + 9 =

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site