I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

VIP Dunia Akhirat

Salam…

Walaupun semalam Ustaz Love tido agak awal (tak sempat menyertai sesi blogwalking awal pagi), bangun pagi ni mata masih terasa pedih2.. mcm tido lambat bangun awal plak… Nampaknya, hari ni dah 20 Ramadhan.. tinggal 10 hari lagi untuk bekerja bersungguh2 mendapatkan keredhaan Allah dalam bulan Ramadhan… dan malamnya berusaha bersungguh2 untuk mendapatkan Lailatul Qadar…

Gambar ni Ustaz Love cedok daripada web http://www.indiastudychannel.com…

Ustaz Love masih lagi nak menyambung kisah kuliah Subuh semalam… Ustaz tu bercerita ttg VIP atas dunia ni… tak semua orang boleh duduk sebelah YDP Agong atau PM melainkan org2 itu adalah VIP… ada pangkat rasmi ke.. jawatan yang tinggi ke… Mcm Ustaz Love sendiri, walaupun banyak kali menghadiri majlis bersama YDP Agong, tapi belum pernah lagi duduk sekali sambil borak2 pasal anak ke, pasal kerja ke dengan Tuanku.. sebabnya Ustaz Love bukanlah VIP… kalau dah berborak pun tak pernah, mcm mana nak guna kabel nak minta pertolongan beliau.. ye tak?

Itu contoh VIP atas dunia… ada satu lagi jenis VIP yang lebih hebat.. iaitu VIP akhirat… Sbb VIP akhirat ni walaupun tak rapat dengan YDP Agong, tapi beliau rapat dengan Yang Maha Agung, Allah s.w.t… Bila seseorang manusia itu dapat status VIP akhirat (walaupun takde darjah kebesaran mahupun pangkat yg dapat dilihat di dunia ini), maka seluruh dunia berada di bawah genggamannya…

Ustaz Love teringat satu kisah yang diceritakan dalam kitab urdu… berkenaan seorang Raja di India yang bernama Shah Jahan… kenal? beliau takde kaitan dengan Jehan Miskin okeh?… tapi beliau ada kaitan dengan Mumtaz Mahal (pun takde kaitan dengan Mumtaz Jaafar)… yang mana mereka berdua ni sangat terkenal dengan kisah percintaan yg diabadikan melalui senibina Taj Mahal (yg sangat mahal harganya itu.. hehe).. Beliau mempunyai anak yang bernama Aurangzeb Alamghir… yang merupakan seorang alim yang sangat terkenal sehinggakan telah dikumpulkan satu kitab fatwa yang dinamakan Fatwa Alamghiri yang merupakan antara kitab besar yang menjadi rujukan ulamak bermazhab Hanafi…

Aurangzeb ini mempunyai seorang tok guru… Suatu ketika, Maharaja Shah Jahan telah murka kepada tok guru tersebut atas satu isu.. maka beliau telah mengirimkan Aurangzeb untuk memberi amaran kepada tok guru itu… Aurangzeb sangat susah hati kerana ayahanda beliau ingin membunuh tok gurunya dan sudah menyediakan satu angkatan perang untuk membunuh seorang tok guru…

Apabila beliau memberitahu mengenai perkara itu kepada tok gurunya, maka gurunya itu menyuruh Aurangzeb balik memberitahu ayahandanya.. bahawa tok gurunya itu sedang mengambil wuduk dan akan memohon bantuan angkatan perang daripada kerajaan langit…

Mendengarkan itu, Shah Jahan membatalkan niatnya untuk membunuh tok guru tersebut… kerana beliau sangat mengetahui bahawasanya tok guru itu merupakan VIP akhirat… sekali saja beliau berdoa memohon kebinasaannya, maka takde sapa dah yang dapat menyelamatkannya…

Ada orang mengambil jalan susah.. mengharungi jem (bukan Kak Jem tau… tapi jalan jem.. terutama musim nak balik raya ni)… bersesak menaiki bas dsb.. kerana beliau bukanlah seorang VIP.. org biasa2 je.. jadi, kena ikut jalan biasa2 gak… tapi bagi seorang VIP, tak kisah sangat pasal jem ke, tiket habis ke dsb… beliau solat Subuh di KL dan kemudian solat hari raya di Perlis pun takde masalah… sebab beliau VIP yg ada helikopter sendiri…

VIP akhirat…. angkat tangan je memohon daripada Allah, Allah akan penuhi segala keperluan beliau…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
  1. kesimpulannya jika kita mendekatkan diri kpd Allah nescaya Allah akan permudahkan segala2nya…(x yah pakai kabal letrik @ seangkatan dgnnya….)btul ke kekjem ckp ni ustaz…..hehehehehe..

  2. assalam..
    sy nak jd vip akhirat la kalo camtu..
    tp xtercapai kot..
    sebab kurang ilmu dan amal..
    huhhuhu..
    wallahua'lam..
    p/s:post ustaz best2 la..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme