I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Silaturrahim

Salam…

Ustaz Love baru je lepas arrangekan jadual tugasan sape nak bertugas untuk malam Lailatul Qadar nanti… terasa bersemangat sebab dalam call Ustaz kepada Ustaz Love masa skolah dulu… pasni kena susun jadual tugas masa hari raya dan selepas raya plak… 

Masuk ni kiranya 2 tahun Ustaz Love terpaksa bertugas semasa hari raya… bukan member2 lain takde yg bertugas masa raya, tapi diorg semua bleh balik kampung lepas khutbah raya… Ustaz Love plak tak bleh nak balik sbb kena ganti mereka2 yang balik bercuti…

Gambar ni Ustaz Love amik kat blog http://farehaazhar.blogspot.com…

Tapi Ustaz Love tak kisah sangat sbb mak ayah Ustaz Love ada kat KL… maksud Ustaz Love, kubur mereka di KL.. jadi takde la keperluan sangat nak balik kampung.. adik beradik pun sekitar2 KL je… cuma adik beradik arwah mak ayah je yang ada kat kampung… itupun tak ramai sbb ramai yg dah meninggal…

Sebenarnya, balik beraya di kampung ni bukan semata2 nak beraya.. ataupun semata2 nak jumpa mak ayah (sbb tak hari raya pun boleh jumpa mak ayah)… tapi lebih daripada itu, hari raya ni dapat menghubungkan silaturrahim yang terputus, menguatkan yg longgar, merapatkan yg jauh dsb… Sebab masa tu, semua orang balik ke kampung.. jadi kemungkinan kita berjumpa dengan kawan2 lama… sedara mara jauh dekat dsb itu sangat tinggi..

Lama jugak Ustaz Love tak berjumpa dengan sepupu sepapat kat kampung… Apa nak buat, dah tanggungjawab… 

Apa ke halnya Ustaz Love dok cerita pasal raya ni? huhu.. sebenarnya, Ustaz Love ada satu masalah yg sangat bermasalah buat ketika ni…

Masalahnya, Ustaz Love merancang dan merangka idea posting yg lain, tapi bila dah mula menaip lain plak yg keluar… Sebab tu Ustaz Love dok rasa yg Ustaz Love tak bleh jadi penulis novel… sbb nak menulis novel, kena merangka jalan cerita dulu.. Sedangkan Ustaz Love menulis adalah semata2 beradasarkan lintasan yang timbul kat batu jembala patik ini..

Pada kesempatan ini juga Ustaz Love memohon ribuan ampun dan maaf kepada Kak Jem dan blogger2 yg lain yg membuat pertanyaan di ruangan komen, mahupun facebook dan e-mail.. sebab Ustaz Love tak dapat lagi nak menjawab persoalan itu… Tiap kali Ustaz Love mula nak membalas komen, tiba2 jari ni laju je menaip entry… Akhirnya komen2 terbiar tanpa jawapan…

InsyaAllah, malam ni Ustaz Love akan fokuskan untuk menjawab komen2…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

Add a Comment
  1. bukan ke kg ustaz yg kat sg m…h tu dah jadi jalan bosar skrg….tu sbblah ustaz x yah susah2 nak kena blik kg….
    ttg soalan tu: jwb jgn x jawab….

  2. assalam.
    kalo sape2 yg ade kampung tu best la.
    sy ni dah x de kampung pon.
    tiap2 raye klang ngan langat je..
    hhuhuhu..
    berusaha ustaz.
    🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme