I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Pemikir dan Penitik Peluh

Salam…

Lega dapat berbuka puasa dengan sempurna… Bergelen2 air masuk ke perut… Badan terasa kering sangat… Mungkin sebab siang tadi berziarah ke Nilai 3 yg sangat panas dan kering itu… Itu dalam keadaan Ustaz Love duduk dalam kereta dan memasang air-cond…

Gambar ni Ustaz Love amik kat blog http://mujahidahwana.blogspot.com..

Masa nak sampai tempat beli barang2 tu, Ustaz Love ada ternampak sorang mamat bangla berdiri tengah2 jalan atas line putih sambil memegang pamphlet… Ustaz Love ingatkan beliau nak melintas jalan, rupa2nya beliau tengah bekerja mengedarkan pamphlet kedai kepada kereta yg melalui jalan tersebut…

Ustaz Love tak dapat bayangkan dalam keadaan panas terik itu, beliau dengan selamba je berdiri tengah2 panas. Tapi dah memang itu kerja beliau… Cuma Ustaz Love rasa terkagum mcm mana beliau boleh bertahan berdiri lama2 kat situ… Ustaz Love yg berjalan bawah bumbung pun dah terasa mcm nak pitam 2 3 kali sebab bahang panas… Adakah antibodi Ustaz Love yg tak berapa kuat… ataupun antibodi beliau yg gagah perkasa?

Begitulah aturan Allah dalam kehidupan manusia di dunia ini.. tak semua orang boleh jadi Perdana Menteri.. kalau semua jadi PM, sape yg nak jadi rakyat? Kalau semua jadi org kaya, sapa yg nak jadi orang miskin? Masa tu mungkin rasa kesian akan ditumpahkan kepada golongan2 kaya.. sbb kesian mereka takde tempat nak mendermakan harta… Maka adanya golongan kaya dan golongan miskin sebenarnya merupakan suatu sunnatullah (aturan Allah) agar mereka2 ini saling bantu-membantu dan bekerjasama…

Dan rezeki Allah berikan kepada hambaNya sesuai berkadaran dengan situasi hamba tersebut… PM tak perlu susah payah nak bekerja mengeluarkan peluh di tengah panas terik… walaupun rezeki beliau berpuluh ribu sebulan… manakala mamat bangla tadi mungkin bergaji tak lebih daripada RM1k sebulan.. walaupun segala titik peluh atas bawah mengalir demi nak mendapatkan rezeki itu…

Jika kita berkhidmat untuk orang lain, maka ganjaran dunia pun diberikan lebih.. apatah lagi ganjaran akhirat.. sbb pemikiran dan kerja tak ditumpukan semata2 nak memenuhi keperluan perut sendiri dan ahli keluarga semata2… Manakala mereka2 yg sekadar mencari rezeki utk diri sendiri (sbg contoh bertani, menangkap ikan dsb), maka rezeki itu untuk diri mereka sahaja dan pendapatan pun tak sebanyak mereka yg menumpahkan tenaga dan fikiran utk orang lain (kalau kerja swasta, CEO selalunya bergaji paling tinggi.. sbb beliau perlu memikirkan perjalanan syarikat, gaji pekerja, untung rugi dsb.. berbanding pekerja pembersihan (cleaner) yg tak perlu nak memikirkan semua itu…cukup sekadar menyelesaikan kerja2 membersihkan pejabat…

Ustaz Love sangat suspek dengan mereka2 yg bekerja menggunakan titik peluh sendiri walaupun sebenarnya mereka layak dapat lebih daripada itu (ada seorang mat bangla.. kerjanya membersihkan kolam masjid negara dan menyapu sampah… tapi semasa beliau bekerja, mulut beliau tak putus2 membaca ayat al-Quran.. lalu Ustaz Love bertanya yang beliau ni banyak hafaz al-Quran ke? rupa2nya, beliau merupakan seorang hafiz al-Quran yang mengajar pelajar2 tahfiz semasa di Bangladesh… tapi rezeki beliau di Malaysia setakat menjadi cleaner saja)…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

Add a Comment
  1. tapi kan Ustaz zmn Umar Abd Azia kan tak de org miskin kan..wpun zaman pemerintahannya hanya beberapa thn ajer…me sgt kagum bila baca citer psl Khalifah Umar ni…kdg2 rasa mcm ajaib sgt2

  2. ustazz..selalunya org2 asing ni dibesarkan dlm keadan susah,jadinya mereka sudah biasa bekerja keras & kasar, itu sebab mereka punya tenaga yg luar biasa berbanding org kita yg kebannyakkannya bertulang reput…hihihehehe(org kita paling susah pun duk kat setinggan,itu pun ramai yg bersenang lenang gak)hehehhehe

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme