I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Non-Muslim Di Beranda Masjid

Salam…

Sekali lagi Ustaz Love terpaksa memungkiri janji… Habis Tarawih semalam, Ustaz Love dipanggil untuk meeting berkaitan program Qiamullail… Kalau tarawih, isu 8 rakaat atau 20 rakaat, Qiamullail plak isunya nak buat penuh 10 malam terakhir, ataupun menumpukan malam2 ganjil sahaja…

Gambar ni Ustaz Love amik kat web http://forum.iskandariah.perubatan.org…

Akhirnya keputusan dapat dicapai… Qiamullail yg dibimbing oleh imam hanya akan dibuat pada malam2 ganjil… manakala malam2 seterusnya dilakukan sendiri2… Berjemaahnya time bersahur je…

Sambil2 berborak dengan Bendahari, termasuk isu non-Muslim masuk masjid… beliau menceritakan bahawa sewaktu pihak HSBC membuat majlis sumbangan anak2 yatim di masjid, ada antara ahli kariah yg menyatakan bahawa program itu anjuran DAP.. sebab ada pegawai bank dan jurugambar yang non-Muslim.. Padahal, program tu berlangsung di koridor masjid, dan bukannya di dewan solat… bermakna ianya suatu fitnah…

Tambah beliau lagi, sewaktu jurugambar itu mengambil gambar, beliau menjenguk ke dalam masjid (waktu tu takde orang solat… sebab dah pukul 6.30 ptg)… Lalu beliau bertanyakan kepada bendahari, kenapa ada line2 dalam masjid? Bendahari memberitahu bahawa ianya bertujuan agar barisan (saf) dalam solat dapat diluruskan.. Jurugambar itu berkata : “It’s so amazing”… rupanya beliau belum pernah menjenguk ke dalam masjid…

Jika dengan melihat zahir keadaan dalam masjid sahaja pun dapat menyentuh hati mereka, bayangkan kalau ketika tu mereka melihat adanya halaqah2 ilmu, halaqah2 membaca al-Quran, orang2 yg menunaikan solat sunat dsb… Sebab itu tawanan perang di zaman Rasulullah s.a.w. diikat di tiang masjid… bukan bertujuan untuk menghinakan mereka, sebaliknya untuk menunjukkan akhlak dan amalan orang Islam…

Kalau belum masuk masjid lagi dah digertak dengan mcm2 benda (nak masuk masjid kena sunat dulu la.. kena mandi dulu la.. tak boleh itu.. tak boleh ini..) maka jauh lagilah perjalanan mereka nak mengenali Islam melalui amalan (bukan sekadar teori yg dibaca di internet dan buku2)..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 Comments

Add a Comment
  1. Politik, biasalah tu, kalau semua benda dah dimotifkan politik, itulah jadinya, walhal kita sepatutnya mengalu-alukan kedatangan bukan Muslim, semoga hati mereka terbuka.

  2. sgt bernas entry ni…and me sgt2 setuju2…kenapalah muslim kat msia ni paranoid sgt kan..

  3. salam ustaz..
    stuju dgn ustaz,kte spatutnya brdkwah dgn brhikmah,br la non-muslim trtarik dgn islam.
    sy tringt ble dkatakan bhwa umat islam skalipn ramai,tp dh x dgeruni oleh non-muslim,malah kte dprlekehkan..sptmana umat islam diumpamakan bagai buih di lautan..
    wallahualam..

  4. assalam.
    btol tu ustaz.
    Sy sokong.
    xde la dorg pndang agama islam ni susah.
    Xgitu?
    Hehe.

  5. Dalam kesederhanaan berdakwah, Pak Nidus tabik pada Tuan Guru MB Kelantan…jelas dan tepat, cuma banyak 'terpolitik dan dipolitik'.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme