I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Jodoh Pertemuan

Salam…
Apakah persepsi anda tentang jodoh? Jodoh tu maksudnya pasangan suami isteri ke, kekasih ke? Mungkin lain orang lain persepsinya.. sbb lain orang, lain situasinya… lain belalang, lain padangnya… blogger belalang je yang sama je padangnya, “padang blogging”… hehe..

Gambar di atas Ustaz Love amik kat blog http://spiritlulusan09.blogdetik.com…

Bukan jodoh perkahwinan yg Ustaz Love nak sentuh kali ni.. tapi jodoh pertemuan… ada beza ke? ada le.. Kalau jodoh perkahwinan, dah tentu la melibatkan antara berlainan jantina… Kalau jodoh pertemuan, lelaki dengan lelaki pun bleh.. pempuan dengan pempuan pun bleh…

Lepas Zohor tadi, Ustaz Love call Ustaz kepada Ustaz Love masa sekolah dulu… nak jemput beliau berblogging menjadi pembimbing Qiamullail pada malam 27 Ramadhan nanti.. pada mulanya beliau tak angkat.. kali kedua, baru beliau angkat…

Suara beliau kedengarannya macam demam dan serak2 basah (ala2 suara ella)… tapi bila Ustaz Love perkenalkan diri sebagai anak murid beliau, mulanya beliau konpius.. mungkin ramai anak murid beliau yg sama nama dengan Ustaz Love… tapi, beliau cuba terjah dengan menyatakan “Ustaz Love yang Ustaz kat tuuutt tu ye?”… Ustaz Love pun mengiakan… Lalu suara beliau bertukar ceria.. Ustaz Love dapat merasakan yg beliau sedang tersenyum sampai ke telinga pada ketika itu…

Beliau berkata, tiap2 hari beliau menyebut nama Ustaz Love… sbb nak kontek, tapi terlost kontek.. No beliau Ustaz Love hilangkan.. nombor Ustaz Love pun beliau dah hilangkan… Akhirnya Ustaz Love dapatkan bantuan seorg member yg juga anak murid beliau utk amik no henfon beliau…

Alhamdulillah, beliau bersetuju untuk menjadi pembimbing Qiamullail… Ustaz Love yakin, nostalgia akan kembali terpancar…

Ustaz Love mengenali beliau semasa di tingkatan 4 dan 5… melalui bimbingan beliau, Ustaz Love berjaya mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan hafazan al-Quran peringkat Negeri Selangor (masa tu Ustaz Zamri Mari Mengaji dapat tempat ke-2)… bahkan beliau juga yang memperkenalkan usaha dakwah kepada Ustaz Love…

Suara beliau sungguh merdu ketika menjadi imam… sungguh menyentuh hati ketika menyampaikan tazkirah… dan pastinya, org yg berdoa bersama2 beliau pasti akan menitiskan air mata… Itulah antara nostalgia yang mungkin bakal tercetus malam 7 likur nanti…

Semoga Allah memudahkan urusan beliau dan Ustaz Love untuk menjayakan program itu nanti…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Comments

Add a Comment
  1. terharu plak me baca entry ustaz ni..teringat plak kat ustaz dan ustazah me masa me sek menengah dulu…

  2. cuba ustaz bg tau apa nama masjidnya tempat ustaz bertugas tu…teringin gak kak jem nak join masa qiamulai tu…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme