I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Itu Jadual Orang Lain

Salam…

Hari ni Ustaz Love kena tido awal.. sebab esok nak cuti.. maaf.. esok nak keje.. lusa baru nak cuti.. tapi kena keje gak time cuti tu… keje apa yg keje time cuti? ada laa…

Gambar ni Ustaz Love amik kat blog http://afini86.blogspot.com..

Penceramah kuliah Subuh tadi sebenarnya merupakan seorang imam di masjid yang sangat femes di KL… beliau dah 30 tahun bertugas di masjid… Tengah2 berceramah tu, tiba2 beliau bawakan satu kisah ni.. Ustaz Love pun tak ingat mcm mana bleh muncul kisah ni…

Ada seorang imam yang duduk di kuarters masjid… kuarters tu betul2 sebelah masjid… Jadi, kalau jemaah datang nak solat, memang akan lalu rumah beliau la… Ada satu ketika tu dah nak Maghrib.. beliau masih leka membasuh kereta… Tiba2 pak bilal azan…

Jemaah yang lalu situ pun tegur la beliau.. tak bertugas ke hari ni? Beliau terus menjawab yang hari ni bukan giliran beliau bertugas.. giliran orang lain.. dan terus menyambung kerja pembasuhan kereta…

Maka Ustaz penceramah pagi tadi pun mengulas… kalau dah duduk sebelah masjid tu, kenapa nak berkira hari bertugas ke, tak hari bertugas? Sebab solat fardhu memang 5 waktu kena tunaikan.. masjid pun dekat je, jadi apa salahnya tunaikan secara berjemaah di masjid? Kenapa nak berkira soal jadual giliran atau bukan giliran bertugas?

Walaupun gaya penyampaian beliau agak kelakar, tapi sebenarnya memang itu realiti yang berlaku… Masjid2 dan surau2 kadang2 tak dengar azan.. kadang2 takde imam nak ketuai solat berjemaah… bukan sebab takde jadual bertugas.. ataupun memang masjid tu takde imam.. sebaliknya banyak keadaan para imam dan bilal ini terlalu berkira soal giliran.. malah telinga Ustaz Love sendiri mendengar seorang bilal berkata.. sekiranya nak beliau gantikan seorang bilal lagi yg nak pergi bercuti, kena la tambah sket elaun beliau…

Agaknya, mungkin sebab tu la azan yang keluar daripada suara pak bilal menerusi corong speaker.. walaupun cukup kuat untuk mengingatkan orang tentang masuknya waktu solat, tapi belum mampu menarik hati semua yang mendengar azan itu untuk datang ke masjid…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

Add a Comment
  1. teringat zaman kanak2 selalu ikut parent gi masjid sama2..
    harap anak besar sket nanti boleh buat cam tu juga 🙂
    thx ust

  2. salam ustaz..

    tu lah, bila kerja yg dilakukan hanya kerana wang atau nama. tanggungjawab terhadap manusia je diambil kira, tapi tidak mengira tanggungjawab terhadap ISLAM itu sendiri..

    p/s: "hebatnya seorang pria itu pabila solat subuhnya di masjid atau surau berjemaah" <– ayat ni anna pernah terbaca kat fb kwn, buatkan anna tersenyum… semoga anna bertemu jodoh dgn lelaki soleh~

  3. akhir2 zaman ni mmg mcm2 perkara dan kelakuan manusia yg pelik2 dan ganjil2…kesimpulannya apa2 perkerjaan tu wajib niatnya kerana Allah,bukan semata2 duniawi sahaja…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme