I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Tak Biasa Luar Biasa

Salam…

Hari ni Ustaz Love nak berehat puas2… sebab semalam Ustaz Love bekerja sampai pagi… Tapi tak boleh nak puas mana gak.. sbb malam ni pun nak kena kerja lagi…

Meeting dalam keadaan mata separuh terbukak sungguh mencabar minda dan emosi… Akhirnya, rezeki yang tak disangka2 datang… Tokey restoran jemput semua yang bermeeting itu untuk menjamu selera di restorannya… Sempena kedatangan bulan Ramadan… Jadi selepas meeting, semua ahli mesyuarat tingkap pergi la ke restoran tersebut…

Duduk kat meja panjang, seorang ahli mesyuarat membuat sedikit ucapan… Permintaan tokey restoran untuk mengadakan majlis doa selamat di RESTORAN!!!… Ustaz Love sedikit terkentut terkejut kerana seumur hidup Ustaz Love ini, belum pernah lagi buat doa selamat kat restoran.. dulu ada la sekali, tapi masa tu restoran belum dibuka.. buat solat hajat dan doa selamat dengan pekerja restoran je.. Ini di tengah2 orang ramai yang datang makan…

Tokey restoran minta Ustaz Love lead, tapi kebetulan ada sorang Ustaz otai, jadi Ustaz Love minta beliau yang lead.. Waktu berdoa, semua pakat angkat tangan… yg meja sebelah2 tu, ada yg angkat tangan jugak… ada yang pandang2 mcm kompius… alangkan Ustaz Love pun agak kompius, apatah lagi mereka dan keluarga mereka…

Kedatangan makanan menghilangkan kekompiusan… hehe…

Apabila keburukan dan maksiat berleluasa, kita merasai perkara itu biasa.. buang anak tu biasa.. zina tu biasa.. rogol tu biasa… dan bila kita nak buat kebaikan, kita plak terasa mcm tak biasa (rasa malu, segan dsb).. nak pergi masjid takut org kata alim.. nak pakai kopiah rasa segan sebab akhlak tak berapa baik.. nak baca al-Quran masa tunggu bas takut orang kata nak menunjuk…

Membaca doa selamat biasa dilakukan di masjid.. jadi, kenapa kita nak rasa luar biasa kalau dibuat di restoran? sebabnya..kita tak biasa buat.. bukan tak boleh nak buat..

Apa kata lepas ni kita praktik sementara menunggu order sampai, kita bukak al-Quran dan baca… amacam? hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

Add a Comment
  1. wah buat doa selamat kat restoran hebat tak ramai buat camtu.. gejala sosial skang da mkin mnjadi krana ramai yg meninggalkan solat..

  2. LiFe KaMi : skrg ni, jangan kata buat doa selamat, baca al-Quran kat rumah pun org dah jarang buat.. semuanya nak buat kat masjid.. ini namanya iman suasana 😉

    HaiDa HiDa : Penuhkan masa terluang dengan membaca al-Quran.. okek? 😉

  3. salam ustaz..
    memang confuse
    bagi yang tak biasa
    kalau yang dah bisa
    perkara baik..join je la
    tak gitu..?
    (Baca Quran di bas stand dalam hati
    dah la nanti amoi cina,amma india semua kata
    apa lak kat kita..he he)

  4. Salam bro zul…

    Ustaz Love pernah berjubah naik bas dari Terengganu ke KL… yg pandang pelik bukannya amoi ke, amma ke.. tapi orang Melayu gak.. hehe

  5. kalau mm berada distu,
    mahu nyer mm kuar restoran tu tgk signboard..
    hehehe..takut2 tersalah masuk majlis orang plak~~

  6. entry ni sgt membuka mata..tak salah buat doa selamat kat mana2 pun…doa kepada yang Esa boleh dilakukan anytime anywhere..
    touching baca message ustaz psl kes buang baby yg semakin menjadi2 lately..rasa buntu tak tau mcm mana nak bagi sumbangan idea dan tenaga utk mengurangkan gejala keruntuhan moral di kalangan remaja muslim malaysia…

  7. salam..

    doa slamat? mana nk jumpa org buat kat restoran, sdgkan yg mlayu pon pandang sinis bila kita berdoa tuk baca doa makan.. dunia..dunia.. moga2 manusia berubah tuk kebaikan lepas ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme