I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

{MISTERI} Seksa Saat Kematian Pembela Saka

Salam…

Sementara menunggu geng2 meeting, Ustaz Love nak sambung sikit pasal entry Misteri Saka.. iaitu berkaitan peristiwa saat2 kematian pembela jin ini…

Pengalaman secara bersemuka, Ustaz Love belum pernah ada… cuma, Ustaz Love banyak mengutip pengalaman pengamal2 perubatan Islam berhadapan dengan mereka2 ini…

Pernah terjadi pada arwah orang terdekat dengan Ustaz Love..takde la dekat sangat, tapi kira dekat la jugak.. Saat2 sebelum kematiannya, beliau ada kalanya terbaring tanpa bergerak2 dengan mata memandang ke atas… dan keesokannya sihat seperti sediakala… Perkara ini berlaku berulang2 kali sehinggalah saat beliau sudah nazak..

Ketika ini, sangat susah sekali beliau untuk menghembuskan nafas terakhir… meraung2 seolah2 ada benda tersekat di kerongkong… Perkara itu berlarutan beberapa hari.. Sehinggalah salah seorang pak sedara Ustaz Love meminta bantuan seorang pakcik (bukan bomoh..tapi dikenali sebagai seorang yang alim dan dihormati)…

Beliau datang dengan beberapa orang.. baca yaasin.. dan keadaan arwah sangat seksa… sehinggalah habis bacaan yasin, maka pakcik itu menyuruh orang2nya membuka semua pintu dan tingkap.. Keadaan masih sama.. Last2 beliau buka atap.. dan ketika itulah secara perlahan2 mata arwah naik ke atas sehingga tinggal mata putih…

Itu antara salah satu kisah daripada puluhan kisah kematian seorang yang memelihara jin ini… Moralnya di sini, walaupun memelihara jin itu menjadikan seseorang itu sedikit lebih (ada kelebihan) berbanding orang biasa, namun itu bukanlah kelebihannya.. Sebaliknya, itu semua adalah dengan pertolongan jin yang mendampinginya..

InsyaAllah, pada entry akan datang Ustaz Love akan bercerita sikit tentang kisah kehidupan seorang yg Ustaz Love tahu ada memelihara jin dan kelebihan2 yg beliau dapat semasa hidupnya…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 Comments

Add a Comment
  1. salam ustaz..
    kesiannya..
    jadi beringatlah
    kita yang masih hidup ni
    nak bela,kucing arnab tak pe..
    jangan jin,hantu..

  2. Salam ziarah ustaz Love.

    Yang peliknya, kenapa dalam kalangan org2 Nusantara (terutamanya Melayu) yang bela2 ni.

    pelik gak. betul, kalau nk pengalaman macam ni, kena belajar/tanya pengamal2 perubatan Islam

    Affan's latest entry: "Nasihat yang menambahkan dosa!"

  3. tak tahu lah kenapa masyarakat melayu islam ni suka sangat berdamping dengan jin..kan Allah itu maha Kuasa…makin berdamping makin di sesatkan…masyaAllah..

  4. Salam..

    bro zul : jika kita dahulukan iman dan akal, nescaya nafsu tak ambil tempat..

    Affan Ruslan dan Yaya : sebab budaya animisme dan Hindu yang dah lama bertapak di tanah melayu suatu ketika dulu masih mendarah daging dlm hidup orang melayu..

  5. me asal dari negeri pantai timur, so kisah2 melibatkan saka ni agak common..
    benda ni memang wujud…personally, me beranggapan saper2 yg bela jin akan terjerumus ke arah percayakan jin utk menolong..dikhuatiri boleh bwk syirik plak..my aplogy if my assumption is incorrect..
    ustaz..i selalu dgr org ckp kalau bertawasul tak apa, ie mintak doa kat Tuhan tp melalui org tgh, like org alim, wali2 ghaib..mungkin ustaz boleh komen sikit:)

  6. salam

    perkara ttg saka ni kalau org tak pernah jumpa mesti ckp tak wujud, sedangkan benda ni penah di alami oleh keluarga aisha sendiri, hanya Allh s.w.t sja yg tahu mcm mana seksanya saka ni, kalau ada yg terfikir nk bela benda ni..fikirkan ttg keturunan yg akan dtg, jgn pikir diri sendiri sja…buruk padahnya

  7. salam..
    saya tak pernah tgk tpi pernah dgr mmber bercerita pasal saka ni..

    mak dia anak perempuan sulong dan dia pun anak perempuan sulong.. nenek dia duk sakit2 skank, pastu kne pindahkan saka tu kepada anak sulong iaitu mak dia.. so, mak dia [n tak berepa sihat gak.. dia jadi takut la sbb dia dgr2 citer kalau mak dia tak dapat amik saka tu, dia yg kne gantikan mak dia..

  8. Salam ustaz,

    macam yg jadi pada makcik saya,dia tak mahu dan tak tahu ttg saka,tapi sebab tuan saka tu berkenan pada dia,makanya dia lah yg jadi tuan baru saka tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme