I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

{MISTERI} Pewarisan Saka

Salam…

Ustaz Love nak sambung sikit entry berkaitan saka yang telah lama ditinggalkan… Sementara nasyid goyang2 badan bersiaran .. Perasan tak sapa yg jadi solonya tu?

Ustaz Love teringat pertanyaan bro zul… kenapa orang2 suka mewariskan jin dan saka kepada anak cucu dan pewaris mereka? Secara tepatnya, Ustaz Love tak dapat nak menjelaskannya.. sbb Ustaz Love tak pernah membela hantu raya.. jadi tak dapat merasai perasaan nak mewariskan itu..

Cuma daripada apa yang Ustaz Love faham, apabila kita membela ni (tak kira la binatang ke, haiwan ke, serangga ke, jin ke) maka kita sebagai tuan kena la bagi makan… Anjing liar boleh mencari makanan sendiri.. Tapi anjing peliharaan belum tentu berkemampuan, sbb dah dididik daripada baby lagi oleh tuannya untuk menunggu makanan disediakan…

Maka, pelihara hantu raya ini juga memerlukan kita memberi makan.. jenis makanan beliau, Ustaz Love tak pasti.. sama ada beliau cuma makan darah ke, telur ayam ke, burger ke dsb.. Kalau yg jenis penanggal (balan2 – yg kepala terbang2 bawak usus tu) dikatakan makan uri baby yg baru lahir…

Yang sakitnya masa nak mati nanti.. kerana peliharaan itu tak nak berpisah.. Sebab itu, berdasarkan pengalaman mereka yg lain, pembela saka ni akan mengambil langkah awal mewariskan kepada anak cucu.. sama ada secara disedari ataupun tak…

Kadang2 mereka juga tak sedar yg mereka dah mewariskan saka itu… penyusuan ibu kepada anak juga boleh mewariskan saka kepada anak… secara logiknya, jika kita tengok tukang urut (Ustaz Love pun biasa mengurut member suka2), maka angin dalam badan yang kena urut tu berpindah ke badan tukang urut.. Tukang urut plak yg sedawa lebih2… Jadi, melalui sentuhan juga, jin ini boleh berpindah ke tubuh orang lain…

Dalam entry akan datang, Ustaz Love akan ceritakan serba sedikit akibat sewaktu kematian bagi pembela2 saka ini…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

Add a Comment
  1. bila baca entry psl saka ni, me mcm tertanya2..saka ni wujud di kalangan kaum melayu ajer ke…wonder if mat salleh/cina/india pun ada benda2 mcm ni in their society..
    kalau hantu, rasanya semua masyarakat seluruh dunia pun percaya kewujudannya..adik me masa duduk umah sewa kat australia siap kena kacau dgn hantu yg memang dh lama dok kat umah tu…me dgr jd seram sejuk..

  2. teringat pulak kisah seseorang yg tak sedar bila masa pulak dia ada bela saka, rupa – rupanya saka ni melalui penyusuan pon scara tak langsung boleh di pindahkan tanpa di minta..seram pulak dgr cam gini..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme