I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Masa Itu Platinum

Salam…

Malam tadi Ustaz Love berasa sangatlah tidak sihatnya… Jadi Ustaz Love memutuskan untuk tidak menghadiri kenduri jemputan jemaah masjid… Takut terbersin dalam makanan, kesian kat jemaah tak lalu nak makan…

Jadi ini bermakna Ustaz Love bercuti sepanjang hari… Maka sepatutnya banyak la masa Ustaz Love nak berblogging.. Tapi sebenarnya, masa itu bukan kawalan kita.. Kadang2 kita merancang, namun rancangan kita tak semestinya berjalan ikut perancangan…

Tidaklah dengan banyak masa itu menjadikan Ustaz Love dapat membuat entry yang banyak pada hari ini (buktinya, belum ada satu entry pun lagi).. dan kesibukan kerja tidaklah menjadikan Ustaz Love takde peluang nak berblogging (ada juga hari2 kerja yg banyak Ustaz Love buat entry…terutama masa2 berehat daripada terlalu menumpukan kepada kerja hakiki). 

Kita perlu berdoa semoga Allah memudahkan kita menggunakan masa dengan sebaiknya.. kalau tak masa akan berlalu tanpa menoleh pada kita… Kalau kita mengejar masa, maka kita akan penat.. Kalau kita mendahului masa, nescaya kita akan sentiasa berada dalam keadaan siap siaga…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 Comments

Add a Comment
  1. masa yg ada dipenuhkan dengan perkara berfaedah terasa sangat singkat. moga kita tidak mensia-siakan..

    yhx ustaz atas peringatan tersebut

  2. me sgt suka baca entry ni..sbb teringat hadith psl rebut 5 perkara sblm dtg 5 perkara..antaranya..masa lapang sblm tiba masa sibuk 😉

  3. masa bukan untuk dikejar,
    tapi masa untuk berkejar…

    jika tak ade masa,tak mustahil semua manusia jadi alpa dengan segalanya..
    sebab tade kongkongan dari segi masa

  4. kenapa pula masa itu platinum?? platinum lebih mahal dari emas ekk?? hehee..

    tpi mmg betul, kita takkan dapat undur balik masa.. sebelum rasa menyesal tu, baik fikir sebaik-baiknya.. rancang perajalanan masa dengan berhemah.. tpi saya tak pernah lak wat jadual tuk berblogging.. saya blh dia ktakan 12jam sehari akan online.. sebab anytime pensyarah akan bagi forum dan kelas online.. so, kne alert la ckit kan.. smbil online tu, blogging tak pernah tiggallah.. hehee..

    **maaf la ustaz, komen saya sentiasa jer panjang2 kan.. idea mencurah2 ni.. hehee..

  5. salam..

    masa itu x dpt di jual beli,oleh itu pergunakan sebaiknya.. tapi bila berbloging, masa itu laju pulak cam kete ferrai..huhu

  6. salam.ustaz..platinum lebih mahal dari emas masa itulebih mahal dari platinum moga kita tidak mensia-siakan..masa.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme