I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Mana Yang Kurang?

Salam…

Tadi Ustaz Love melakukan rondaan rutin (atau dengan kata lain merayau2 sekitar opis) dan Ustaz Love tertarik dengan satu objek.. Sebelum ni dah biasa Ustaz Love nampak, tapi tak terasa nak snap gambar… Petang tadi kebetulan ada bawak kamera, jadi….

Ustaz Love tak pasti plak sama ada motor ni ditunggang dengan asbestos kat atas seat tu… ataupun sekadar lapik saja… Pada firasat Ustaz Love, mungkin asbestos tu diletak atas seat sebab nak mengelakkan kucing melepak atas motor dan mencakar2 seat itu…

Betapa sayangnya manusia pada harta sehingga sampai tahap fikirannya untuk memikirkan sesuatu di luar kotak… Sebab itu kehidupan manusia boleh semakin maju. Suatu masa dulu setakat naik bas pergi kerja, dah boleh pakai motor.. kemudian dah boleh pakai kereta… kemudian dah boleh pakai lori…

Sedangkan untuk perkara akhirat, jarang sangat kita nak memajukan diri… kadang2 makin mundur pun ada… Suatu masa dulu (masa miskin) rajin solat jemaah di masjid, solat sunat, baca al-Quran, berzikir dsb… bila dah kaya sket, dah mula sibuk.. Solat pun mana yg sempat je.. baca al-Quran pun dah kadang2.. zikir dah jaghang2… Akhirnya dunia manusia maju, akhirat manusia mundur…

Alangkah baiknya jika dunia dan akhirat kita seiring.. Tapi itu agak hampir mustahil kerana kaedah dunia ini, jika kita menumpukan pada sesuatu perkara, maka perkara lain akan jadi kurang… Jarang sangat yang dapat menguasai banyak perkara dalam satu masa..

Jadi, untuk menjaga amalan fardhu, kena banyakkan amalan sunat… Jika amalan fardhu tak dikawal dengan amalan sunat, maka amalan fardhu itu berada dalam situasi bahaya.. bahaya akibat kekurangan sana sini yg tak dapat ditampung dengan amalan sunat…dan juga sampai ke satu tahap, amalan fardhu pun dilengah2kan dan ditinggalkan sedikit demi sedikit…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

Add a Comment
  1. salam..
    tapi mcm mne plak ngan individu2 yg lebih gemar dengan melakukan yg sunat berbanding yg wajib?? pelikkan.. ya lah, kita lakukan perkara sunat tuk menampung kekuranga pada yg wajib..

    saya ada terbaca satu pengakuan: dia kata sunat ni senang sbb bukan selalu di buat. contohnya smbhyg raya cuma pada hari raya dan puasa sunat bila2 masa pn boleh buat…

    nauzubillah.. mintak di jauhkan..

  2. cute sgt pic yg ustaz snap utk posting ni..

    iman memang bertambah dan berkurang kan..me selalu rasa kdg2 ish..kurangnya me buat amal inadat sejak dh ada anak2 ni..berbanding dgn dulu2 masa me bujang byk masa free utk baca quran etc..tp kalau nak ckp alasan sampai esok pun tak abis..yg penting muhasabah diri sendiri..
    syukran ustaz utk posting yg sungguh bermanfaat ini..

  3. salam….

    btl tu, itu sebab kita di panggil khalifah Allah s.w.t, cuba mengutip pahala2 yg Allah beri sdgkan smua itu Free jer.. tapi d sebabkan syg sgt kat dunia, benda free tu kita biarkan mcm tu aje, pastu kejar benda yg kene bayar pulak..hmmm..dunia..dunia

    moga ramadhan nanti kita di beri peluang tuk menambah pahala dan menjauhkan dosa..insyaAllah

  4. yang fardhu didahulu yang sunat membantu…
    itu menu utama yang kita semua kena jaga,,
    jangan yang sunat didahulu,
    yang fardhu tidak dilaku..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme