I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Tenangkan Jiwa

Salam..

Hari ni Ustaz Love baru selesai berkursus. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Rupa2nya ingatan Ustaz Love masih lagi kuat walaupun dah lama tak ulangkaji surah yang nak kena tasmi’ tu.

Kebanyakan masa Ustaz Love setakat membaca al-Quran secara hafalan. Maknanya Ustaz Love tak buka al-Quran. Tapi semasa sesi tasmi’ tadi, Ustaz Love dengar sahabat baca dan tegur mana2 yang patut. Dan Ustaz Love melihat mashaf al-Quran. Terasa tenang hati melihat ayat2 Allah. Selama ni kebanyakan masa Ustaz Love bergelumang dengan ayat2 cinta, hingga hati pun dah keras semacam.

Hati marah, jiwa keluh-kesah, mulut lecah…semuanya berpunca daripada hati yang keras. Ubat hati yang keras ini hanyalah zikrullah. Dan membaca al-Quran merupakan sebaik2 zikir dan penawar hati.

Oleh itu, Ustaz Love menyeru diri sendiri dan semua pasangan yang sedang bercinta, jangan tinggalkan membaca al-Quran. InsyaAllah ia akan menjadi penawar bagi hati yang gersang.

WA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

Add a Comment
  1. betul tu ustaz, rahsia hati yg tenang, hidup yg aman semuanya dtg dari membaca Al-Quran, penah skali tu, sibuk tahap gaban nak buat itu ini tak ingat nak makan minum, satu hari tu, balik umah hati gelisah jiwa resah, tidur pon cam terjaga-jaga, last2 pi amik Al-Quran dan baca..hilang sgala masalah..huh..kalau mak tau mampus kene marah..emm

  2. me pun kdg2 terleka dgn urusan duniawi..tak sempat baca quran everyday…tp bila me sedar or teringat, me sedaya mungkin jdkan amalan baca quran setaip hari…syukran ustaz atas peringatan yg diberikan

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme