I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Persoalan Mimpi

Soalan : 
salam…
 

nk ty pendapat secara rawak….tentang mimpi berulng….

sy mimpi ttg perkara yg sama  sedah 3 kali…tp bukan secara teros…

tapi dlm keadaan yg berlainan…. padahal pd alam nyata ini… perkara dlm mimpi itu sgt berbeza… tidak sperti didlm mimpi…

 

ade pula satu mimpi yg lain tu berlaku pd sy secara berterusan selama 3 hari berturut2…

msk hari ke 4 mimpi org yg sama tp perkara yg lain…

pg ini juga sy bermimpi kan org yg sama…da kami berborak2 saja…

 

ada teman mengatakan… petanda dlm mimpi hanya boley di perolehi oleh org2 yg pd high level seperti Rasulullah…

dan mimpi2 yg kite alami hanyalah mainan tido…

 

boleh x bg pendapat secara rawak shj tentang perkara mimpi berulang ini?
—————————————————————————————————–

Jawapan :

Mimpi ini merupakan satu juzuk daripada tidur. Sekiranya kita berjaga, tidaklah gambaran2 itu dikatakan sebagai mimpi. Ia akan dikatakan angan2 atau halusinasi.

Walaubagaimanapun, dalam Islam, memang ada menceritakan tentang mimpi ini. Antara ulamak yg terkenal dalam penafsiran mimpi ini adalah ibn Sirin. Namun begitu, tidaklah boleh dikatakan bahawa semua mimpi itu mempunyai alamat tertentu, sebagaimana tidaklah juga boleh dikatakan bahawa semua mimpi itu tidak boleh dijadikan tanda atau alamat.

Mimpi ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Antaranya mimpi yg menggembirakan, mimpi yang samar2, mimpi perkara2 yg buruk, mimpi disebabkan keinginan yg kuat dsb.

Mimpi yang baik dan menggembirakan itu datangnya daripada Allah, sedangkan mimpi yang buruk itu datangnya daripada syaitan. Disebutkan dalam hadis yg diriwayatkan oleh Abu Qatadah r.anhu bahawa Nabi s.a.w. bersabda “Mimpi yang baik yang menjadi kenyataan itu datangnya daripada Allah dan mimpi yang buruk itu datangnya daripada syaitan. Jadi sesiapa yang mendapat mimpi yang buruk, maka hendaklah dia meminta perlindungan daripada Allah daripada gangguan syaitan dan meludah ke kirinya agar mimpi buruk itu tidak mengganggunya” (HR al-Bukhari)
Berkenaan dengan mimpi yg saudari nyatakan, saya tidak pasti sama ada ianya mimpi baik atau mimpi yg buruk. Cuma, berdasarkan pengalaman orang dulu2, mimpi ini biasanya terbalik (bagi yg mengingati dengan jelas mimpi itu dan ia menjadi kenyataan, tetapi terbalik daripada yg ada dalam mimpi). Namun, jika ianya mimpi yg baik (contohnya bermimpi menerima lamaran seorang lelaki dan keesokannya, datang rombongan meminang daripada lelaki yg di dalam mimpi itu) maka ianya merupakan petanda daripada Allah. Namun, kita takkan mengetahuinya sehinggalah ianya telah menjadi kenyataan.

WA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
  1. mimpi part of it minda bawah sedar ie bila kita teringat/terpikir/berharap akan sesuatu…wallahua'lam

  2. salam ustaz..
    saya ada satu mimpi yg tak mampu saya ceritakan pada sape2.. mimpi ni datang sejak saya sekolah rendah lagi.. mimpinya agak seram.. bila saya nk cerita, saya terus x dapat gambaran mimpi tersebut.. boleh di katakan sentiasa menggaanggu tidur saya.. beberapa tahun menghilang, pastu datang lagi… ianya bukan smbg2, mimpi yg sama.. sukar tuk saya jelaskan bagaimana mimpi tersebut..

  3. assalamualaikum ustad…. sy nk bertanya tentang mimpi isteri sy… dia mimpi… benang hitam dn cicak keluar dari tangan kanan.. ada membawa maksud apa2 tak… seringkali cicak dikaitkn dengn sihir… risau pulak sy….

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme