I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Jangan Berputus Asa

Salam…

Lepas solat Zohor tadi, Ustaz Love perasaan ada seorang jemaah OKU yang cuma ada separuh badan (mcm dlm gambar, tapi bukan pelajar dalam gambar tu). Sebelum ni tak pernah nampak beliau kat masjid. Tapi hari ni, beliau muncul. Terdetik di hati Ustaz Love, dari mana beliau datang (sebab nampaknya macam bukan ahli kariah masjid) dan bagaimana beliau datang ke masjid?

Buka pintu masjid lepas solat sunat, Ustaz Love nampak beliau sedang melukis gambar di depan pintu. Ustaz Love hanya mampu tersenyum melihat. Beliau ada di situ sampai Asar.

Apa yang Ustaz Love nak fokuskan adalah, Ustaz Love ternampak skateboard yang beliau gunakan untuk bergerak, sewaktu nak masuk ke masjid. Di skateboard beliau, ada satu tulisan : “Hidup tanpa harapan, seumpama mati sebelum mati”.

Hati Ustaz Love tersentuh membacanya. Betapa kuatnya jiwa beliau walaupun beliau merupakan seorang OKU. Sedangkan Ustaz Love yang sempurna anggota ini pun kadang2 hilang juga semangat apabila berhadapan dengan masalah, inikan pula OKU yang nak bergerak pun susah.

Selepas Asar, kelihatan beberapa orang jemaah masjid membeli lukisan beliau. Beberapa not RM50 bertukar tangan. Itulah rezeki beliau yang Allah telah tetapkan. Ia mengingatkan diri Ustaz Love untuk sama2 berpesan kepada mereka2 yang berada di luar sana : Jangan berputus asa daripada rahmat Allah. Sentiasa harapkan rahmat daripada Allah, supaya datang kekuatan untuk meneruskan tugas di atas muka bumi ini walaupun betapa banyak halangan yang mendatang.

WA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

Add a Comment
  1. betul sgt apa yg ustaz love tulis ni..kdg2 manusia ni (termasuk me) take things for granted, suka berkeluh-kesah…tp me sedaya upaya mengingatkan diri sendiri bahawa ramai lg org yg lebih malang dari me kat dunia ni..esp bila me menghadapi prob/kesukaran/musibah dlm hidup yg fana ni..

  2. salam ustaz…
    amat terharu dengan kecekalan jemaah tersebut..

    saya sendiri pernah berputus asa dalam hidup.. saya rasakan dunia saya sudah gelap hanya kerana gagal dalam spm dan tidak dapat melnajutkan pelajran lebih tinggi.. umpama dah xder harapan.. tapi sokongan mak ayah, yg sentiasa berikan galakan.. saya mencuba dan terus berusaha demi mereka.. akhirnya seorang insan yg pernah gagal dalam spm ini telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat master.. bukan nak bangga ngan diri sendiri tapi nk berkongsi pengalaman betapa bodohnya pemikiran saya waktu itu.. jgn mudah putus asa.. kita di berikan akal tuk berfikir dan berusaha..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme