I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Hari Lupa Sedunia

Salam…

Hari ini Ustaz Love bersiap pagi2 lagi kononnya nak pergi menghadiri seminar bersama guru takmir. Dengan berbaju batik, menambahkan lagi semangat waja Ustaz Love walaupun hari ni hari cuti. Sampai di sana, melilau Ustaz Love mencari dewan yang dikatakan sebagai venue kejadian. Tapi tak jumpa. Akhirnya baru teringat nak call member. Rupa2nya program tu minggu depan.

Hari Khamis lepas pun ada program. Tapi Ustaz Love plak terlupa tarikh. Sampailah diingatkan keesokan harinya. Terasa lemah je badan bila tau program tu tak wujud hari ni. Nasib baik ada audition Imam Muda. Boleh bersantai sekejap melihat pelbagai ragam peserta yang berhasrat menjadi imam (ataupun sebenarnya berhasrat membolot hadiah yg amat lumayan). Kalaulah Ustaz Love masih muda…kihkihkih

Terasa kesian plak melihat peserta2. Ada yang datang sejauh Johor Bahru, tapi bacaan al-Fatihah pun banyak salah tajwid dan makhraj. Kalau yang dah get ready nak bergelar calon imam ini pun dah gaya macam ni, agaknya mcm mana la dengan mereka2 yang masjid pun jengah seminggu sekali atau setahun 2 kali.

WA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Comment

Add a Comment
  1. me tak dpt nak menonton rancangan realiti tu…tp my mom memang suka tgk rancangan realiti yg ada berasaskan agama like akademi al-quran…kiranya realiti program ni memang ramai peminat dan pengikut masing2 dari pelbagai lapisan masyarakat dan generasi..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme