I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Gelombang Otak

Salam..

Hari ni hari pertama Ustaz Love berkursus. Lenguh pinggang menunggang motor dekat setengah jam membelah kesesakan lalulintas. Akhirnya sampai juga ke tempat yang dituju tanpa tersesat. Syabas buat Ustaz Love yang biasanya selalu tersesat 2-3 kali sebelum sampai ke tempat tujuan.

Ada seorang pakar motivasi yang agak terkenal juga (biasa menulis tentang gelombang2 ni). Agak susah jugak Ustaz Love nak menangkap maksud yang nak disampaikan (tambahan pulak masa tu sibuk main games poker kat henset). Cuma patinya yang Ustaz Love dapat simpulkan yang manusia ni mempunyai 2 bahagian otak iaitu otak kanan dan otak kiri.

Nak terangkan balik tak reti la plak. Cuma boleh la tengok gambar di atas. Otak kiri tu nampak tekun, lesu, letih. Tapi otak kanan nampak hijau, santai, gembira, seluar bermuda dsb. Cuma apa yang Ustaz Love nak kaitkan, kalau kita banyak menggunakan otak untuk berfikir atau risaukan sesuatu perkara, maka tenaga akan menjadi kurang. Kalau otak gembira, tenaga akan bertambah.

Kalau kita berada di dalam percintaan, maka tenaga kita bertambah. Segala2nya dilakukan dengan penuh semangat keasmaraan. Berkobar2 je rasanya. Janji nak jumpa pukul 10.00 pagi, sebelum Subuh dah terpacak menunggu (bukan pengalaman Ustaz Love tau). Tapi kalau kita berada dalam situasi serabut, benci, nak marah dan segala yang negatif, maka tenaga kita akan berkurang. Nak berfikir pun malas, nak mandi pun malas, nak makan pun malas…mata asyik nak terkatup je.

Sebab itu kita kena menjadikan hidup kita gembira. Supaya tenaga kita bertambah dan kita berkemampuan untuk meneruskan kehidupan dengan lebih bermakna. Bandingkan cara orang yang berjalan ke masjid untuk solat Jumaat. Ada yang melangkah layu, ada yang bongkok…ada juga yang tegak dan tegap melangkah ke masjid. Boleh agak beliau sedang menggunakan otak sebelah mana.

Balik kursus, 2-3 kali Ustaz Love tersilap jalan. Nampaknya, otak kiri Ustaz Love masih dominan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Comment

Add a Comment
  1. info yg sgt bagus..and sgt tepat sekali psl hati gembira semua benda pun rasa semangat nak buat 🙂 Tuhan bagi kita akal utk mencorakkan hidup kita…life is short, so make it sweet and meaningful, and yg penting jalan utk ke syurga (me pun kdg2 alpa +lagho/lalai) Wal iya zubillah…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme