I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Apabila Pintu Terbuka

Salam…

Dua hari cuti ni, Ustaz Love terlalu menumpukan pada pembinaan laman web. Ada saja yang tak kena. Maklum la, Ustaz Love bukannya mengkhusus dalam bidang ni, sekadar minat dan suka-suka je. Namun, kesannya agak teruk juga. Badan berpeluh berkati-kati, minum air berkoyan2. Mata pun dah berpinar semacam. Ustaz Love kena siapkan juga, sebab kalau tak siapkan hari tu, tak tau bila lagi nak siap dan nak sambung buat.

Untuk melegakan ketegangan urat mata, Ustaz Love pergi jalan2 mencuci mata di sebuah shopping complex. Agak kurang meriah, maklum la tengah2 bulan ni. Tapi ada suatu peristiwa yang menarik perhatian Ustaz Love.

Ustaz Love tengan follow satu family ni. Beliau seorang ibu yang mengheret 2 orang anak bershopping. Tiba2, datang amoi dari depan, memberitahu sesuatu. Sekilas Ustaz Love perhatikan yang beliau menarik zip jeans nya. Bukan la Ustaz Love fokus tang tu, cuma Ustaz Love dapat agak je la daripada belakang.

Tiba2 kedengaran ada suara satu pasangan gelak berdekah2. Ustaz Love perasan yang mereka tengah gelakkan akak yang lupa nak zip seluar tu. Ustaz Love terus menghalakan pandangan tajam tanda tak setuju dengan perbuatan mereka. Walaupun ‘akak zip’ tu dah berlalu pergi, namun Ustaz Love dapat membayangkan bagaimana perasaan beliau ketika itu. Ditegur di khalayak dan diperhatikan oleh khalayak.

Bagi Ustaz Love, jika nak menegur pun, pastikan hanya akak tu saja yang tahu. Jadi kena pilih masa dan tempat yg sesuai. Ini kerana teguran yang diberikan tu merupakan teguran yang agak aib.

Dan bagi orang lain yang memerhatikan perkara itu, harap dapat buat tak tahu. Jangan ambil tahu atau fokus pada kejadian itu. Hasilnya, kita takkan memalukan beliau secara tak langsung.

WA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

Add a Comment
  1. kan ada hadith psl brgsaiapa yg menutup aib saudaranya, Allah akan menutub aibnya di akhirat kelak..kalau salah mohon maaf yer ustaz, me tak ingat exactly hadith tu

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme