I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Al-Fatihah

Terkejut…terkentut..lalu terbatuk…Perasaan Ustaz Love bercampur-baur apabila menerima berita kepulangan Din Beramboi ke rahmatullah pada awal pagi tadi. Sebenarnya, Ustaz Love ni taklah berapa kenal dengan Din ni. Nama sebenar beliau pun Ustaz Love tak tahu. Cuma Ustaz Love teringat sewaktu awal kemunculannya dulu. Ramai orang terkeliru apabila wujud beberapa orang yg mendakwa merekalah Din Beramboi yg sebenar (watak Din Beramboi dipopularkan dalam majalah Ujang sewaktu awal2 kemunculan mereka dalam arena perkartunan). Akhirnya, muncul Din Beramboi dalam majalah kartun apa ntah dan seterusnya keluar daripada majalah ke alam realiti.

Sejak itulah Ustaz Love mengenali arwah Din ini. Tapi  Ustaz Love tak berapa minat dengan lawak2 yg beliau hasilkan. Apatah lagi gandingan beliau dengan Afdlin Shauki yang kurang menjadi. Tetapi, semenjak beliau menjadi hos Wakenabeb! bakat beliau semakin terserlah dalam dunia lawak. Ditambah lagi dengan gandingan mantap beliau dengan tukang gelak, Aznil Nawawi di Era.fm.

Pepagi ni tetiba Ustaz Love terasa mcm nak jadi wartawan hiburan plak. Bukanlah expert sangat, setakat nak ambil iktibar saja. Hidup ni tak lama, jadi gembirakanlah hati walaupun dalam suka dan duka. Kerana di akhirat nanti, belum tentu kita mampu untuk menanggung duka sepanjang hayat. Harapan Ustaz Love agar ahli keluarga dan para peminat beliau mendoakan semoga Allah menempatkan rohnya di kalangan orang2 beriman.

WA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Comment

Add a Comment
  1. ustaz, betul ke ada hadith yg mengatakan /membawa maksud bahawa melawk/bidang lawak. buat org ketawa ni adalah berdosa kerana melalaikan…i pernah come across hadith psl nabi tak pernha ketawa, paling2 tidak pun senyum sampai naampak gigi ajer..mohon ustaz bagi penjelasan yg lebih detail/clarication. syukran

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme