I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

ABPBH dan Nabil

Salam..

Sudah agak lama Ustaz Love meninggalkan bicara di blog ini. Kesibukan kerja ditambah kemalasan jiwa menyebabkan banyak kerja yang patut diselesaikan cuma siap sekerat jalan. Ini termasuklah update blog ini dan pemindahan maklumat daripada sebuah laman web lama ke laman web baru.

Cuma dalam senggang masa yang ada ni, Ustaz Love terasa hendak mengulas suatu isu. Tapi terlebih dulu Ustaz Love meminta para pembaca agar tak mensinonimkan Ustaz Love dengan artis, disebabkan tulisan2 Ustaz Love yang menyentuh golongan ini. Ustaz Love cuma melihat bahawa mereka2 ini merupakan golongan yang popular dan menjadi ikon ikutan kepada kebanyakan orang. Kalau Ustaz Love sebut nama Maulana Umar Palanpuri.. ataupun Allamah Abul Hasan Ali an-Nadwi..pasti ada yang tak mengenalinya berbanding nama2 seperti Siti Nurhaliza, Mawi, Nabil dll.

Baru2 ini Ustaz Love ada menonton Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) sepintas lalu. Kebetulan pada masa itu anugerah Pelakon Komedi Terbaik sedang diumumkan. Itu memang genre kesukaan Ustaz Love. Dan seperti yang dijangka, Nabil telah memenanginya untuk kali ke-2. Ustaz Love tak nak ulas tentang kemenangannya, sebaliknya tentang aksinya apabila diumumkan sebagai pemenang.

Beliau menggayakan seolah2 beliau memeluk Irma Hasmie (walaupun dari jarak jauh). Perbuatan beliau itu sungguh menghairankan Ustaz Love. Seolah2 beliau masih lagi tidak insaf dengan kritikan yang diterimanya dulu apabila beliau dikatakan terpeluk Irma. Jika dulu beliau tak sengaja, maka kali ini (walaupun aksi peluk itu cuma digayakan, bukan betul2) memang beliau sengajakan. Perbuatan beliau ini seolah2 menghina pandangan masyarakat Melayu bahawa perbuatan itu menyalahi adat dan agama. Ustaz Love terpaksa memberitahu secara terang2 kerana beliau melakukan perbuatan itu di khalayak.

Nasihat Ustaz Love kepada peminat2 Nabil, jangan tiru perbuatan seperti itu. Walaupun kita sedang bercinta, maruah itu perlu diutamakan. Itu sahaja yang menjadi nilai bagi saham seseorang lelaki mahupun wanita. Soal hati, manusia tak nampak. Itu kita serahkan pada Allah untuk menilainya. Soal perbuatan zahir, maka manusia yang akan menilainya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Comment

Add a Comment
  1. bagus sungguh teguran ustaz love ni…wpun me rasa nabil tak baca entry ni, at least saper2 yg baca entry ni dpt iktibar utk jauhkan tingkah laku yg kurang bersopan itu…artis msia memang gitulah…berapa kerat jer yg benar2 ikon..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme